top of page

DUN Taman Medan akan dirampas semula - AMK Petaling Jaya

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 2 min read
Nabil (kanan) dalam Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Petaling Jaya
Nabil (kanan) dalam Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Petaling Jaya

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Petaling Jaya berikrar untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dengan sasaran mengembalikan kawasan itu ke penguasaan KEADILAN pada pilihanraya akan datang.


Ketua AMK Petaling Jaya, Nabil Halimi berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menyaksikan kekalahan dengan perbezaan hanya 30 undi, sekali gus membuktikan kerusi tersebut berada dalam jarak yang realistik untuk dimenangi semula melalui gerak kerja yang lebih tersusun dan menyeluruh.


"Lebih besar daripada itu, usaha menawan semula Taman Medan adalah demi mengembalikan maruah KEADILAN memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kubu awal yang mempunyai akar umbi kuat serta menyokong perjuangan KEADILAN sejak tahun 1998.


Nabil Halimi
Nabil Halimi

"Justeru, fokus utama selepas ini adalah memperkukuh penyatuan seluruh anggota parti, di samping menggerakkan jentera ranting dan daerah mengundi secara lebih strategik, konsisten dalam menyantuni rakyat Taman Medan serta menyelesaikan isu-isu setempat.


"Kami turut menegaskan komitmen untuk tampil lebih proaktif dalam membawa solusi terhadap permasalahan penduduk, khususnya melibatkan isu komuniti, belia dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, ketetapan merampas semula kerusi DUN Taman Medan itu dicapai hasil Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Petaling Jaya yang berlangsung pada 18 April lalu dengan usul berhubung DUN berkenaan mendapat persetujuan sebulat suara daripada perwakilan.


Mesyuarat itu dirasmikan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Petaling Jaya, Ahmad Akhir Pawan Chik.


Dalam masa yang sama, Nabil turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melancarkan inisiatif Budak PJ.


Beliau yang juga Naib Ketua AMK Malaysia berkata, insiatif berkenaan merupakan sebuah gerakan komuniti yang menghimpunkan anak-anak muda seluruh Petaling Jaya melalui aktiviti sukan, kesukarelawanan, pendidikan dan keusahawanan.


Ujarnya, inisiatif tersebut diyakini mampu menjadi wadah terbaik untuk mendekati generasi muda, membina jaringan komuniti progresif dan menawan hati pengundi belia menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page