top of page

DUN Sadong Jaya, Asajaya, Simunjan harus menang - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 4, 2021
  • 1 min read

ree

Beberapa DUN yang mana KEADILAN mempunyai jentera yang baik dan telah lama bertapak harus menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam ucapan meraikan jentera dan masyarakat tempatan di kawasan terbabit malam tadi.


"Malam ini di Kuching bersama calon-calon KEADILAN bagi DUN Sadong Jaya, Cikgu Piee Bin Ling, DUN Asajaya, saudara Mahmud Epah serta DUN Simunjan, saudara Hapeni Fadil.


"KEADILAN mesti menang di DUN-DUN ini demi kesejahteraan dan kemakmuran warga Sarawak. Limpahan khazanah negeri mesti dirasai semua, terutamanya rakyat yang di bawah," katanya.


Sebelum itu, beliau singgah melawat di DUN Marudi dan memperkenalkan calon Elias Lipi Anak Mat.


"KEADILAN menawarkan saudara Elias untuk bangkit terjemah nurani dan hasrat rakyat Sarawak terutamanya di DUN Marudi.


"Saya mohon warga dan pengundi di DUN Marudi untuk pilih calon KEADILAN," katanya dalam ucapan ringkas.


Anwar dalam rangka lawatan ke Sarawak menjelang penamaan calon bagi PRN, pada Isnin ini.



ree
Anwar mohon kepada warga DUN Marudi mengundi calon KEADILAN pada 18 Disember ini

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page