top of page

DUN Juasseh anjur Program Semarak Perpaduan Cinta Negara



Bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk, MPKK Kampung Baru Desa Bukit Gelugor, DUN Juasseh, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Semarak Perpaduan Cinta Negara baru baru ini.


Menurut Pegawai Media Pejabat Penyelaras DUN Juasseh, Roszamri Yaakub, program tersebut dijalankan dengan kerjasama penyelaras DUN Juasseh Mohd Aidil Abdullah, ADUN Bukit Kepayang YB Nicole serta Exco Teo Kok Siong, ADUN Bahau yang dijemput sebagai perasmi majlis.


Katanya, pelbagai aktiviti diadakan seperti tutorial pembuatan keronsang, tarian singa, nyanyian, persembahan kebudayaan kaum, sukaneka, persembahan kebudayaan daripada komuniti Orang Asli Kampung Guntur Tengkek dan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.


Selain MPKK, terdapat tiga buah sekolah yang turut serta terlibat dalam menjayakan program ini iaitu SJKC Chi Sin Batu Kikir, SJKC Bukit Gelugor dan Sekolah Tamil Ladang Juasseh.

Sukan rakyat melempar buah kelapa diminati penduduk

Menurut penyelaras DUN Juasseh, Mohd Aidil Abdullah sambutan masyarakat setempat dalam program tersebut amat menggalakkan dan meriah.


"Program ini dilihat mendapat sambutan yang amat meriah bukan sahaja dari komuniti setempat tetapi juga dari komuniti kejiranan tidak kira bangsa Cina, India dan Melayu.


"Begitu ramai yang hadir bagi menyertai aktiviti yang dianjurkan. Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang amat penting dalam menyantuni masyarakat setempat bagi menjaga kesepaduan dan keamanan komuniti berbilang kaum," katanya.


Turut hadir dalam program itu ialah Pegawai Khas ADUN Kuala Pilah Nazaruddin Zaizakarani, Ketua Polis Balai Kuala Pilah Inspektor Yusane Alli, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kuala Pilah, Shaliashaziq Mohd Sahar dan Exco Wanita KEADILAN Pusat, Wan Zulaika Abdul Kahar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page