top of page

Dua ribu hadir sesi penerangan Belanjawan Selangor 2025



Rakyat Selangor teruja dengan Belanjawan 2025 yang dibentangkan untuk pengurusan dan pembangunan negeri pada tahun hadapan.


Sebagai buktinya, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 2,000 pemimpin masyarakat sekitar Selangor hadir dalam program Penerangan Belanjawan Selangor 2025 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, semalam.


"Program ini diadakan untuk memberi penjelasan dan penerangan berkenaan Belanjawan Selangor 2025 yang dibentang dua minggu lalu. Turut diadakan sesi dialog mengenai isu-isu semasa melibatkan komuniti dalam pembangunan negeri.

"Insya-Allah, saya yakin bahawa usaha dan segala perancangan Kerajaan Negeri akan membuahkan hasil dengan kerjasama seluruh rakyat termasuk sektor swasta bagi memastikan seluruh lapisan masyarakat dapat merasai manfaat pembangunan dan kebajikan secara inklusif dan menyeluruh," katanya di Facebook.



Untuk rekod, Kerajaan Selangor membentangkan belanjawan keseluruhan sebanyak RM3 bilion bagi 2025 menerusi tema Selangor Dinamik : Cita Sempurna Malaysia Madani.


Peruntukan ini adalah peningkatan sebanyak RM470 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM2.53 bilion.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page