top of page

Dr Hafidzah rampas kerusi DUN Kota Lama dari Pas



Dr Hafidzah Mustaqim membuat kejutan apabila merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama daripada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam


Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu menang dengan majoriti tipis 202 undi selepas memperoleh 9,691 undi menewaskan calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi, Tan Boon Kian daripada Parti Rakyat Malaysia (126) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85 undi).


Ketika ditemui pemberita, Dr Hafidzah menyifatkan kemenangan itu memberikan peluang baginya memainkan peranan sebagai 'semak dan imbang' kepada kerajaan negeri sedia ada.


"Walaupun Kelantan didominasi parti Pas, kemenangan ini akan menjadi pencetus perubahan di negeri ini sekali gus menzahirkan hasrat rakyat khususnya di Kota Lama yang mahukan perubahan," katanya dipetik.


Beliau ditemui di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu pada Sabtu.


Sementara itu, penyandang kerusi DUN Galas di Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim yang mewakili Barisan Nasional kekal mempertahankan kerusi berkenaan buat penggal kedua, melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi berkhidmat di kawasan itu.


"Segala amanah ini akan digalas sebaik mungkin dan kita cuba jadikan DUN ini contoh terbaik kepada dua lagi kawasan di bawah Parlimen Gua Musang yang dimenangi Pas," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page