Dr Fuziah bertemu NGO, delegasi Sabah sebelum bersidang di Dewan Negara
- Suara Keadilan
- 5 minutes ago
- 1 min read

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Fuziah Salleh memulakan persidangan Dewan Negara hari ini dengan tekad untuk terus melaksanakan amanah sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.
Menerusi hantaran di media sosial beliau berkata, hari pertama persidangan dimanfaatkan dengan mengadakan pertemuan bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan delegasi dari Sabah.
"Sebelum persidangan berlangsung, saya sempat bertemu bersama beberapa wakil NGO serta delegasi dari Sabah yang turut hadir ke Parlimen.
"Pertemuan seperti ini sentiasa memberi ruang untuk bertukar pandangan dan mendengar sendiri pelbagai perspektif daripada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Fuziah, antara agenda utama persidangan hari pertama ialah pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih serta Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Persaingan (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Pindaan) 2026.
"Tumpuan hari ini antaranya melibatkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih, Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Persaingan (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Pindaan) 2026," katanya.
Beliau turut menghadiri mesyuarat pra-majlis sebagai persediaan menghadapi sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Negara.
Fuziah berharap setiap tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen sepanjang persidangan.
