top of page

Dari tempat pembuangan sampah kepada Kebun Komuniti di DUN Sentosa



Kejayaan sebuah Kebun Komuniti di DUN Sentosa, Selangor begitu bermakna kerana asalnya tapak kawasan berkenaan adalah tempat pembungan sampah haram.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, kebun yang membantu golongan terjejas pendapatan itu kini telah pun membuahkan hasil dengan pelbagai tanaman seperti pisang, jagung, tebu, limau, bunga bungaan dan sayur sayuran.


"Peserta dari kalangan penduduk DUN Sentosa yang diberi sumbangan baja dan peralatan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa bagi menyertai program ini telah memastikan kawasan tersebut diusahakan menjadikan kawasan bebas sampah dan bermanafaat bagi menjana pendapatan, atau mendermakan hasil kepada yang memerlukan," katanya.


Menurut Dr Gunaraj lagi, pelbagai kreativiti telah ditonjolkan oleh pengusaha apabila sisa sisa makanan dikumpulkan dan dijadikan baja yang berkualiti.


Terdapat juga, katanya, peserta yang membuat kolam tadahan dan menyalurkan air melalui pam automatik bagi menyiram tanaman.


"Kami dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa N48 mengucapkan setinggi tinggi penghargaan, syabas dan tahniah di atas kerja keras penduduk, Exco Kerajaan Negeri Selangor, MPK, PDT, JKR dan KDEB yang berganding bahu memberi nafas baru kepada Jalan Kebun Nenas. Usaha pertanian ini akan memastikan peserta hidup lebih sihat, cerdas dan membuktikan segala bakti yang dicurahkan kepada bumi pasti akan membuahkan hasil," katanya lagi.


Program Kebun Komuniti DUN Sentosa baru baru ini mendapat liputan TVSelangor dan menjadi usaha tani yang perlu dicontohi di seluruh Selangor menggunakan kawasan rizab jalan, terutama di kawasan sub bandar yang kekurangan tanah pertanian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page