top of page

Danish Rahman tekad terus tabur bakti di DUN Johor Lama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Danish Rahman, menzahirkan penghargaan buat seluruh pengundi yang menyokong beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.


Beliau menyifatkan sokongan yang diterima itu datang daripada kelompok pengundi yang bermaruah, berintegriti, dan tidak boleh ditukar ganti dengan kebendaan.


"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2,694 pengundi di DUN Johor Lama. Anda semua manusia yang merdeka, bermaruah, tidak boleh dijual beli dan berintegriti. Setiap undi, sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat saya hargai," katanya dalam kenyataan.


Menurut Danish, setiap undi yang diterima membawa makna yang besar, sekali gus amanah untuknya terus memperjuangkan kebajikan masyarakat di kawasan tersebut.


"Perjuangan ini tidak terhenti di sini. Saya akan terus membawa semangat khidmat, amanah dan kebersamaan demi rakyat Johor Lama, InsyaAllah," katanya.


Menerusi kenyataan sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong, sukarelawan serta penduduk yang sentiasa memberikan doa, dukungan dan semangat sepanjang perjalanan kempen.


Danish berharap semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang pilihan raya akan terus dipupuk bagi memastikan suara dan kebajikan rakyat Johor Lama sentiasa diberi perhatian pada masa hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page