Sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan padang bola di Kampung Paya Redan, Ayer Molek diwujudkan untuk anak muda beriadah dan bermain bola.
Namun apabila kerajaan PN mengambilalih pemerintahan, padang bola tersebut tidak diselenggara sehingga penuh semak samun.
Pada 13 November lalu calon DUN Ayer Molek, Cikgu Mohamad Rafee Ibrahim melawat padang bola tersebut dan hasilnya pada 15 November sukarelawan Pakatan Harapan bersama penduduk setempat membersihkan padang itu menggunakan sebuah jentolak dan padang boleh digunakan serta merta.
"Hasil tinjauan kita dua hari lepas pada pagi ini saya datang, banyak rakan di luar yang membantu, datang membersihkan kawasan padang ini yang dikira lebih setahun tidak diselenggara.
"Ini penting bagi memudahkan anak muda di kawasan ini ingin melakukan aktiviti riadah terutama dalam bermain bola sepak kerana bukan sahaja mereka bermain dengan peralatan gajet dan sebagainya, mereka juga perlu aktiviti yang melibatkan kardiovaskular (aktiviti fizikal) untuk mengisi masa lapang pada waktu petang dan sebagainya.
"Adalah diharapkan dengan sumbangan kecil ini anak-anak muda memulakan semula aktiviti mereka sebagaimana tahun lalu," kata cikgu Rafee dalam satu klip video.
Usaha yang kecil mampu merobah tumpuan aktiviti anak muda kampung Paya Redan namun sepanjang 20 bulan lalu ianya tidak dilakukan oleh pentadbiran PN
Comentários