top of page

Calon Kuala Langat lancar manifesto perbaiki kemudahan awam, program sukan anak muda



Warga Kuala Langat akan mendapat pembelaan khusus daripada calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Manivanan Gowind sekiranya terpilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Manivanan, sambutan yang diterimanya daripada warga Kuala Langat membuat beliau rasa teruja sebagai calon untuk parlimen berkenaan dan berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik seandainya menang pada 19 November ini.


"Saya Manivanan anak kelahiran Selangor rasa bersyukur kerana kehadiran saya di Kuala Langat diterima oleh semua lapisan pimpina PH dan warga Kuala Langat


"Kemesraan yang ditunjukkan amat baik untuk pastikan PH menang di sini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Kuala Langat.


Manivanan dalam sidang itu membacakan 6 tawaran yang dijanjikan kepada pengundi antara lain, Membaik pulih dan menaik taraf hospital Banting bagi memudahkan urusan perubatan penduduk Kuala Langat; Memastikan kesiapsediaan menghadapi musibah banjir kilat dengan dasar tebatan banjir yang menyeluruh termasuk sistem amaran banjir; Memastikan pelajar sekolah rendah dan menengah mempunyai suasana pembelajaran yang membina dan berwawasan; Menubuhkan satu pasukan bagi menangani hak hak wanita dan memastikan wanita dibantu serta dihargai dari sudut sosial, ekonomi juga kebajikan.


Istimewa buat anak muda, katanya, beliau mencadangkan pembinaan sebuah mini kompleks sukan dan trek lumba motorsikal yang memberi peluang lebih luas kepada mereka bergiat dalam bidang sukan atau untuk rekreasi mengisi masa lapang.


"Saya calon nombor 6 jadi saya ada 6 tawaran.


"Dalam siri ceramah akan datang saya akan beri penerangan terperinci tawaran Kuala Langat ini. Inilah 6 tawaran saya setelah berbincang dengan kesemua parti komponen PH serta parti MUDA," katanya.


Tegas beliau tawaran Kuala Langat akan dilaksanakan bersekali dengan Tawaran HARAPAN sekiranya PH menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan.


Berkenaan PN yang meletakkan calon Melayu bekas Exco negeri Selangor, Manivanan menerima persaingan tersebut dengan terbuka.


"Saya terbuka dengan saingan diberikan, sama juga calon BN juga GTA atau parti lain. Yang penting saya tekankan calon terbaik yang boleh memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, dan boleh membela nasib masyarakat Kuala Langat maka wajar diberi peluang," katanya.


Beliau juga berharap kempen calon calon dari BN dan PN tidak memainkan isu perkauman kerana yang utama adalah perkhidmatan kepada rakyat bukannya mewakili kaum.


Manivanan berkempen di pasar raya menemui pengundi

Manivanan turut membuat perbandingan mudah, seumpama mangsa kemalangan jalan raya yang tidak peduli siapa akan merawatnya maka negara yang telah cedera parah juga hanya perlu mengambil kira kepakaran pemimpin untuk membaik pulih, bukannya soal kaum.


"Bayangkan kita bawa motor di jalan kena langgar cedera parah, seperti itu juga keadaan Malasyia yang cedera parah, ekonomi, politik waktu ini.


"Bayangkan dia dibawa ke hospital, dia tak akan kata Melayu perlu dirawat oleh doktor Melayu atau India, Cina perlu dirawat oleh kaum tertentu.


"Dalam keadaan terdesak kita beri ruang kepada doktor pakar dan berkemahiran untuk diri kita. Begitu keadaannya.


"Kalau negara boleh diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar, saya rasa kebajikan warga Kuala Langat boleh diselamatkan oleh saya walau saya keturunan India. Sebab hasrat kami dalam PH adalah membela nasib dan masa depan rakyat Malaysia, tidak berlandaskan kaum atau agama," katanya lagi.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page