top of page

Calon DUN Seri Setia tawar Aspirasi Smarter Seri Setia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 8, 2023
  • 2 min read


Calon Pakatan Harapan DUN N.32 Seri Setia, Dr Fahmi Ngah yang telah berkhidmat berbelas tahun di anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor menawarkan untuk berkhidmat meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan kejiranan di DUN Seri Setia.


Anak muda yang pernah mengembangkan aplikasi Smart Selangor itu menawarkan slogan 'Smarter Seri Setia' pada kempennya kali ini.


"Nama saya dikaitkan dengan salah satu program negeri Selangor, Smart Selangor.


"Naik bas Smart Selangor ini ada aplikasi di telefon. Tak perlu tunggu lama. Boleh tengok (ketibaan) dalam telefon.


"Jadi bas ini, buka sahaja aplikasi kalau kata 2 minit maka barulah pergi ke hentian bas.


"Orang pangsapuri ramai yang pakai kereta. Kalau nak bayar parking ada aplikasi Smart Selangor. Ini adalah pembaharuan yang saya bawa dalam Smart Selangor dalam keterbatasan dalam anak syarikat Kerajaan Negeri," katanya dalam ceramah kelompok dan memperkenalkan diri di Pangsapuri Sri Melewar, Taman Tun Dr Ismail, semalam.


Menurut Dr Fahmi, beliau akan berusaha menjadikan kediaman di kawasan itu lebih baik berbanding sebelum ini.


Katanya, pendekatan yang digunakan di Petaling Jaya, ke arah kawasan kejiranan selamat dan selesa akan dikembangkan di DUN berkenaan sekiranya beliau terpilih sebagai wakil rakyat.


"Kalau saya jadi ADUN orang tanya nak buat apa? Saya buat satu aspirasi, kalau sekiranya diangkat, saya akan wujudkan Aspirasi Smarter Seri Setia.


"Ada benda saya dah mula buat. Di majlis bandaraya ada Petaling Jaya bandar selamat untuk kanak kanak.


"Jadi kita akan melihat bagaimana nak buat lebih baik di sini. Kita perbaiki taman permainan. Buat pusat taska. Semua ini telah dibuat di PJ," katanya.


Selain itu, Dr Fahmi juga akan cuba berusaha mencadangkan agar skim tertentu di Selangor diperbaiki, terutama skim di bawah Bingkas.


"Kalau ada ibu tunggal atau bapa tunggal, dapat RM300 sebulan.


"Yang tidak adil kalau dia ada anak satu, berbanding anak sepuluh, dia dapat RM300 juga. Peringkat ini kita kena tengok balik. Benda begini Kerajaan Negeri perlu melihat semula dan menambah baik," katanya lagi.


Beliau yang merupakan anak tempatan Seri Setia berharap mendapat sokongan padu para pengundi pada 12 Ogos ini untuk meneruskan kesinabungan tradisi menjaga kebajikan rakyat oleh kerajaan Selangor di Seri Setia.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page