top of page

Calon DUN Pinang Tunggal optimis kekalkan kemenangan PH


Oleh: Abdullah Zaid


Misi memastikan DUN N.03 Pinang Tunggal dipertahankan dalam penguasaan Pakatan Harapan (PH) begitu mencabar dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kali ini apabila berhadapan 'gelombang hijau' yang masih dirasai di kawasan Melayu.


Namun calon PH, Zainuddin Mohamed optimis dapat mengekalkan kemenangan di kerusi itu pada 12 Ogos ini.


Bekas Ahli Majlis Seberang Perai (MBSP) itu berkata, sepanjang tempoh 10 hari berkempen rata-rata masyarakat dan jentera memberi respon yang positif kepadanya, sekali gus memberi kelebihan buat calon baharu berkenaan.


"Walaupun saya calon muka baru tapi hakikatnya saya dah lama berkhidmat kepada masyarakat.


"Tetapi saya tak nak terlalu yakin. Namun saya lihat ada sinar dari segi penerimaan pengundi termasuk masyarakat kampung.


"Ia ditambah lagi dengan sokongan daripada jentera UMNO yang terdiri daripada pemuda dan wanita turut sama membantu sepanjang kempen ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, Zainuddin juga mengakui ada menerima maklumat bahawa jentera PN sengaja menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan pengundi DUN Pinang Tunggal.


Bagaimanapun, calon KEADILAN itu lebih memilih cara yang efektif untuk menarik hati pengundi atas pagar bagi memenangi PRN.


"Ada perbualan yang kata jangan undi PH atas sebab perkauman, jadi saya ditanya bagaimana untuk menjawab dakwaan tersebut.


"Saya katakan kita ada tiga kelompok iaitu penyokong PH dan pro PN, serta Atas Pagar.


"Jadi pada saya, tak perlu beri banyak penerangan kepada kelompok tegar (PN) sebaliknya fokus pada kategori Atas Pagar yang tiada pengaruh politik. Mereka menilai berdasarkan apa yang diperhati," jelasnya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page