Calon DUN Bekenu tumpu tingkat peluang pekerjaan



Calon KEADILAN DUN Bekenu, Norhafizah Mohamad Joharie akan menumpukan kepada usaha meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 Disember ini.


Katanya, DUN Bekenu hanya 45 minit dari bandar Miri namun peluang pekerjaan disediakan sangat sedikit


"Pemulihan ekonomi dan penjana peluang pekerjaan bagi anak anak tempatan menjadi keutamaan kita.


"Seperti yang kita lihat kedudukan Bekenu hanya 45 minit dari Miri. Tetapi tiada pembangunan untuk meransang kerja di kawasan Bekenu dan mereka terpaksa berhijrah ke Miri. Seharusnya Bekenu boleh kita bina hub pengeluaran hasil pertanian daripada petani tempatan . Kita juga boleh membangunkan hub industri di kawasan nelayan, di mana kita boleh luaskan muara sungai.


"Di kampung Pungai khususnya, kawasan ini mampu menarik pelancong dari Miri atau Bintulu tetapi tiada kemudahan asas yang dibuat. Dari segi lampu jalan pada waktu malam, kawasan ini tiada akses lampu jalan dan menyukarkan pelancong atau pendduk sekitar masuk ke kawasan tersebut.


"Kawasan itu juga tiada benteng penahan ombak. Sebelum ini kita menerima aduan penduduk kampung, bila laut bergelora air laut masuk ke rumah," kata Norhafizah dalam sidang media secara atas talian, pagi tadi.


Beliau juga menekankan soal bekalan elektrik dan air yang masih tidak sempurna biar pun Gabungan Parti Sarawak telah memerintah selama 58 tahun.


Katanya, KEADILAN akan menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik di kawasan berkenaan.


"Reformasi insfrastruktur asas diperlukan di Bekenu. Selama 2 tahun kita bergerak atau berjalan di lapangan, saya dapati isu insfrastruktur asas seperti elektrik, air bersih dan jalan raya masih lagi di tahap yang tidak memuaskan terutama di kawasan kampung dan rumah panjang.


"Terdapat lebih 5 - 10 buah rumah masih lagi tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Kita juga telah memperpanjangkan hal ini kepada pejabat daerah dan pihak bertanggungjawab untuk menjawab persoalan bekalan elektrik dan air bersih," katanya.


Selain itu, beliau turut berjanji akan mengusahakan lebih banyak kemudahan pendidikan di DUN Bekenu agar anak anak tidak perlu pergi ke bandar bandar besar untuk melanjutkan pendidikan, terutama pendidikan vokasional.


Norhafizah berjanji akan mendaptkan peruntukan membaik pulih sekolah daif di kawasan itu

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER