Buat Anak Johor, Demi Masa Depan Johor, Undi Harapan
- Abdul Rahim Razak

- Jul 10
- 1 min read
Pilihan raya bukan sekadar memilih calon. Ia adalah memilih masa depan anak-anak kita, pekerjaan yang lebih baik, pendidikan yang berkualiti dan kehidupan yang lebih sejahtera.
Pada 11 Julai 2026, marilah kita keluar mengundi dan tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor. Setiap undi membawa harapan, setiap undi menentukan arah negeri yang kita cintai.
Ayuh pulang mengundi. Ajak keluarga, sahabat dan jiran bersama-sama mengundi. Johor untuk semua. Masa depan untuk rakyat.
Pagi hari memetik melati,
Harum mewangi di tepi laman;
Ayuh mengundi dengan matahati,
Pilih Harapan demi masa depan.
Burung merpati terbang tinggi,
Singgah sebentar di hujung dahan;
Kuasa rakyat penentu negeri,
11 Julai, undilah Harapan.




Comments