Belanjawan 2027 mampu dilaksana tanpa perkenal cukai baharu


Kerajaan MADANI mampu melaksana Belanjawan 2027 yang memperuntukkan perbelanjaan RM510 billion tanpa perlu memperkenalkan cukai baharu.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan sentiasa menekan aspek tatakelola untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam sistem sedia ada sekaligus meningkatkan kecekapan perbelanjaan negara.
"Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan apa yang kita belanja itu adalah perbelanjaan yang sepatutnya dibelanja untuk meningkatkan (ekonomi) negara dan untuk rakyat.
"Bila kita ada fokus dan menggalas amanah dengan baik, kerajaan dan negara akan lebih berjaya (pada) masa depan," katanya dipetik laporan media.
Amir Hamzah menyatakan keyakinan tersebut ketika menjadi tetamu rancangan Bicara Naratif, disiarkan di RTM 1 bertajuk 'Belanjawan 2027: Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi'.
Sementara itu tambahnya, data-data ekonomi negara yang terus mengukuh mencerminkan keyakinan daripada pelabur-pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia, sekali gus menjana pendapatan negara.
Beliau sementara itu menekankan bahawa data-data ekonomi yang mengukuh mencerminkan keyakinan pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia sekaligus menjana pendapatan negara.
Justeru, kerajaan komited memastikan hasil negara dibelanjakan secara berhemah dengan menutup ruang ketirisan serta meningkatkan kecekapan perbelanjaan menerusi pengenalan beberapa undang-undang baharu.
"Kita tutup ruang-ruang untuk ketirisan yang berlaku dan kita tingkatkan pulangan yang kita dapat dengan cara yang lebih efisien dalam perbelanjaan kerajaan dan ini akan diikat dengan pengenalan beberapa undang-undang baru," tambahnya.




Comments