Belanjawan 2027: Kenaikan elaun pengiktirafan jasa pasukan sukarelawan


Kenaikan elaun menerusi Belanjawan 2027 merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan hampir 50,000 anggota sukarelawan negara yang berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, kenaikan itu mencerminkan perhatian berterusan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan anggota RELA, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Pertahanan Awam, dengan peruntukan sebanyak RM339 juta disediakan bagi menyokong khidmat bakti mereka kepada rakyat dan negara.
"Kenaikan elaun kepada RM9 sejam bagi petugas dan RM10.80 sejam bagi penyelia merupakan satu penghargaan bermakna buat mereka.
"Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota sukarelawan negara. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti dalam menjaga keselamatan serta membantu rakyat ketika menghadapi kecemasan dan bencana.
"Terima kasih PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI. Semoga terus bersemangat berkhidmat demi rakyat dan negara," katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Onn turut memuji satu lagi inisiatif Kerajaan MADANI menerusi pembentangan Belanjawan 2027 yang lalu iaitu pembelian kasut sukan yang diberikan pelepasan cukai individu.
Katanya, langkah itu secara tidak langsung memberi galakan kepada mereka yang rajin bersukan, berjoging, berjalan kaki dan menjaga kesihatan diri.
"Inisiatif ini ibarat usaha mengakar ke bumi, kerana manfaatnya menyentuh kehidupan seharian rakyat dan menggalakkan budaya hidup sihat bermula daripada diri sendiri serta keluarga.
"Kesihatan adalah aset paling berharga. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Rakyat sihat, negara sejahtera.
"Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan MADANI atas inisiatif ini," kata beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Pejabat Presiden KEADILAN.




Comments