top of page

Batal PJD Link: Kerajaan buat keputusan tepat - MP Petaling Jaya



Pembatalan projek lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) oleh Jemaah Menteri dialu alukan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya.


Bagi Lee Chean Chung, Kerajaan Perpaduan hari ini telah membuat keputusan yang betul dan pro rakyat dengan menolak meneruskan projek tersebut.


"Jemaah Menteri hari ini telah buat membuat keputusan tidak melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link yang memohon lanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat.


"Kerajaan Perpaduan telah memberi jawapan yang jelas, iaitu menolak permohonan tersebut," katanya dalam kenyataan.


Menurut Chean Chung, biar pun beliau sedar kesesakan lalu lintas kronik di Petaling Jaya yang menjadi asas cadangan PJD Link namun terdapat pelbagai isu lain yang melingkari pembinaan lebuh raya itu sehingga mendapat bantahan penduduk setempat.


Katanya, penduduk menganggap PJD Link bukanlah penyelesaian terbaik kerana kerajaan masih belum mencuba pengangkutan awam bersepadu di kawasan itu.


"Sekarang, walaupun PJD Link telah dibatalkan, tapi masalah kesesakan masih memerlukan perhatian segera dari Kerajaan Pusat dan Negeri.


"Masalah kesesakan lalu lintas yang menderitakan orang ramai ini berpunca daripada sistem pengangkutan awam yang kurang lengkap, perhubungan batuan pertama dan terakhir (first & last-mile connectivity) yang tidak rapi, serta perancangan bandar yang tidak mengutamakan bas, e-skuter, basikal dan pejalan kaki," katanya.


Tegas Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu, kerajaan selepas ini perlu ada iltizam yang kuat dan jelas dalam mengatasi masalah kesesakan


Katanya, meski pun kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membina KTM, LRT dan MRT. Namun masalah kesalinghubungan masih dalam tahap yang teruk, dan masih kurang tindakan yang jelas diambil dalam menyelesaikan masalah yang timbul selama ini.


"Melihat kepada keadaan kesesakan yang kian buruk, saya berpendapat bahawa kerajaan perlu bertindak sekarang sebelum situasi menjadi lebih mudarat," katanya lagi.


Projek PJD Link telah menjadi kontroversi sejak lebih sedekad lalu. Projek tersebut mempunyai daya tarikan sokongan pengundi di Petaling Jaya terutama menjelang pilihan raya umum 2018 dan 2022.


Projek berkenaan menjadi tular semula apabila terdapat tanda tanda kerajaan Selangor cenderung untuk mempertimbangkan semula cadangan berkenaan memandangkan kesesakan yang memburuk di Petaling Jaya.


Namun keputusan kabinet hari ini menolak projek PJD Link selepas syarikat konsesi dinyatakan gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page