top of page

B40, M40 boleh miliki kediaman tanpa pendahuluan melalui SJKP



Kerajaan Perpaduan terus membantu merealisasi impian rakyat untuk memiliki kediaman tanpa perlu membayar wang pendahuluan walaupun Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) diumum telah dihentikan


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kerajaan bersetuju meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion nilai pinjaman.


Melalui skim di bawah Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan tahun lalu itu, kementerian menjangkakan lebih 20,000 bakal peminjam akan mendapat manfaat melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.


"SJKP adalah program menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig.


"Sehingga 31 Dis 2022, seramai 16,808 peminjam menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP ini," kata kenyataan itu.

Sementara itu menurut KPKT, pihaknya akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah sejajar aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.


"Justeru, inisiatif ini akan membolehkan profil pembeli B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan," katanya.


Pada Rabu, syarikat perbadanan yang bertanggungjawab menguruskan SRP, Cagamas Bhd mengumumkan skim itu yang mula diperkenalkan pada 2011 akan dimansuhkan 1 April ini.


KPKT berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan SRP, seramai 86,708 peminjam mendapat manfaat daripada nilai pembiayaan berjumlah RM19.9 bilion.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page