top of page

AS nafi campur tangan, Hj Hadi perlu jelaskan – AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Arief Izuadin (tengah) bersama anggota AMK membuat laporan polis berhubung kenyataan Hj Hadi malam tadi
Arief Izuadin (tengah) bersama anggota AMK membuat laporan polis berhubung kenyataan Hj Hadi malam tadi

Biro Hubungan Antarabangsa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menggesa Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan Kerajaan yang ditadbir Umno-BN pada 2014.


Ketua Bironya, Arief Izuadin berkata, perkara berkenaan amat serius kerana menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara, selain berpotensi memberi implikasi terhadap hubungan perdagangan dan diplomatik Malaysia dengan AS.


"Dakwaan ini sangat serius kerana melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.


"Sekiranya benar terdapat cubaan kuasa asing untuk mencampuri politik Malaysia, perkara tersebut mesti disiasat dan tindakan tegas perlu diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pada masa sama, Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur semalam telah menafikan dakwaan berkenaan menerusi Chargé d’Affaires ad interim, David H Gamble Jr., yang menegaskan bahawa AS tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik di Malaysia.


"Namun sehingga kini, Tan Sri Abdul Hadi masih belum memberikan penjelasan lanjut atau mengemukakan bukti bagi menjawab penafian tersebut.


"Dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa bukti, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sebuah negara kuasa besar dunia yang turut mempunyai hubungan penting dengan Malaysia," katanya.


OLeh itu, kata Arief, Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia turut membuat laporan polis dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti sama ada dakwaan serta maklumat yang dikatakan berada dalam pengetahuan Hj Hadi itu menimbulkan sebarang isu di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan.


Katanya, pihak berkuasa juga digesa meneliti sama ada kenyataan berkenaan mempunyai implikasi di bawah Akta Hasutan 1948 berdasarkan fakta serta hasil siasatan.


"Jika benar berlaku campur tangan asing, kita mesti bertindak tegas. Jika tidak benar, dakwaan yang melibatkan kedaulatan dan hubungan luar negara tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya (dilakukan) kerana akan menyebabkan kepentingan strategik negara," ujarnya.


Arief berkata, isu tersebut tidak seharusnya dijadikan bahan politik kerana melibatkan kepentingan negara secara langsung.


"Kedaulatan dan keselamatan negara bukan bahan politik murahan. Dakwaan sebesar ini wajib melalui ‘tabayyun’ dan bukti yang kukuh," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page