top of page

AMK Wilayah agih Jalur Gemilang di Taman Tasik Titiwangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26, 2024
  • 1 min read

ree

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam mengambil kesempatan cuti hujung minggu mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengunjung kawasan rekreasi terkenal warga kota, Taman Tasik Titiwangsa.


Menurut satu kenyataan, pengagihan bendera itu bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.


"Bagi memeriahkan bulan kemerdekaan, AMK Wilayah Persekutuan telah membuat agihan bendera Jalur Gemilang kepada pengunjung yang hadir di Taman Tasik Titiwangsa.


"Semoga agihan bendera ini dapat memupuk semangat patriotisme dan keceriaan warga Wilayah Persekutuan untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September depan," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, AMK Wilayah Persekutuan komited untuk menjayakan seruan Perdana Menteri agar "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" terlaksana.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page