top of page

AMK Sabah mahu Zaidi Jatil wakili Pakatan Harapan di DUN Bandau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 4
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menzahirkan harapan agar Ketua AMK negeri itu, Zaidi Jatil (gambar), diberi peluang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Bandau pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Timbalan Ketua AMK Sabah, Vincent Fung Sze Zack berkata, pencalonan Zaidi selari hasrat akar umbi anak muda dan pendukung reformasi di Sabah yang mahu melihat kepimpinan generasi baharu diberi ruang dalam arena politik negeri.


"Zaidi merupakan lambang generasi kepimpinan muda Sabah yang berprinsip, progresif dan berakar di lapangan.


"Beliau bukan sahaja berjaya memimpin gerakan anak muda Keadilan Sabah dengan disiplin organisasi yang kukuh, malah telah menzahirkan pendekatan politik yang matang dan berasaskan idea, sesuai dengan semangat reformasi yang diperjuangkan oleh PH," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu tambah Vincent, pencalonan Zaidi akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap agenda pembaharuan PH di Sabah, di samping membawa mesej jelas bahawa gabungan itu menghargai potensi serta integriti kepimpinan muda tempatan.


"Justeru, AMK Sabah menyeru pucuk pimpinan parti mempertimbangkan pencalonan Zaidi secara serius sebagai simbol politik baharu Sabah yang berpaksikan idealisme, keberanian dan nilai reformasi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page