top of page

AMK Melaka sokong saranan tangguh PRN tahun ini

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Apr 14
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka menyokong saranan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditangguhkan.


Ketuanya, Hakimin Mokhtar (gambar) menegaskan, saranan itu wajar dipertimbangkan kerana penganjuran pilihan raya dalam masa terdekat berpotensi mengganggu momentum pemulihan ekonomi yang sedang giat dilaksanakan.


"Kita harus mengakui bahawa penganjuran pilihan raya dalam waktu terdekat hanya akan mengganggu momentum pemulihan ekonomi negeri yang sedang giat berjalan.


"Penangguhan PRN bukanlah satu bentuk pelarian politik, sebaliknya mencerminkan tanggungjawab kepimpinan yang mengutamakan kelangsungan hidup rakyat berbanding percaturan kuasa," katanya dalam satu kenyataan.


Hakimin juga menegaskan, dalam mendepani gelora geopolitik dunia yang tidak menentu, ditumpukan sepenuhnya perlu diberikan kepada usaha memperkukuh benteng ekonomi domestik demi kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.


"Rakyat Melaka kini lebih memerlukan kestabilan harga barangan dan jaminan peluang pekerjaan daripada melihat bendera parti memenuhi jalanan.


"Dengan menangguhkan PRN, kerajaan mempunyai ruang untuk melaksanakan mandat sedia ada dengan lebih berkesan tanpa gangguan politik


"Kita mahu apabila pilihan raya diadakan kelak, ia berlangsung dalam suasana yang tenang dan sejahtera, di mana rakyat boleh memilih dengan fikiran yang lapang tanpa bebanan krisis ekonomi yang menghimpit. Kestabilan rakyat adalah maruah perjuangan kita," jelasnya.


Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor dilaporkan akan membawa usul bagi menangguhkan PRN Johor dan Melaka.


Cadangan itu mengambil kira faktor ekonomi serta situasi global semasa ekoran krisis di Asia Barat.


Untuk rekod, PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini berikutan kerajaan sedia ada telah menggenapkan penggal lima tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page