top of page

Ambil kira cabaran demografi dalam proses gubal undang-undang - Johari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Parlimen perlu mengambil kira cabaran demografi semasa dalam proses menggubal undang-undang, menentukan belanjawan negara serta merangka dasar-dasar yang bersesuaian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul (gambar) berkata isu-isu termasuk peningkatan populasi warga emas, saiz keluarga yang semakin mengecil dan perubahan keperluan antara generasi merupakan isu politik yang akhirnya perlu dijawab menerusi perundangan, institusi serta perbelanjaan kerajaan.

"Kata-kata mencetuskan perhatian. Perhatian mewujudkan tekanan. Tekanan membentuk keutamaan dan keutamaan akhirnya diterjemahkan melalui undang-undang, institusi serta belanjawan," katanya dipetik pada majlis makan makam bersempena Persidangan Tahunan Forum Ahli Parlimen Asia mengenai Kependudukan dan Pembangunan (AFPPD) 2026 di Kuala Lumpur.


Persidangan dua hari bertemakan “Parliamentary Leadership for the Future: An All of Society Approach to the Care Economy and Demographic Resilience” itu menghimpunkan ahli parlimen dari Asia, Pasifik, Afrika dan negara Arab.


Sementara itu menurut Johari, pada persidangan kali ini beliau berbangga apabila isu penuaan diberi perhatian sewajarnya dalam agenda dasar menerusi persidangan berkenaan.


"Ahli Parlimen mempunyai hubungan yang rumit dengan usia. Apabila kita muda, orang ramai memberitahu kita bahawa kita kekurangan pengalaman. Apabila kita memperoleh pengalaman, orang ramai mula bertanyakan bila kita berhasrat untuk bersara.


"Justeru, saya berbesar hati dapat menghadiri persidangan ini, yang buat pertama kali, isu penuaan tidak lagi dilihat sebagai bahan kritikan mahupun spekulasi. Sebaliknya ia perkara penting dalam agenda," tambahnya.


Selain itu tambahnya, pelbagai isu yang dibincangkan oleh ahli parlimen pada persidangan berkenaan melangkaui statistik kependudukan merangkumi bagaimana masyarakat mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi dewasa, menyokong keluarga, menghargai kerja penjagaan serta membolehkan wanita terlibat sepenuhnya dalam masyarakat.


Usaha AFPPD sangat penting memandangkan perubahan demografi mengambil masa beberapa dekad untuk berlaku, sedangkan politik pilihan raya secara umumnya berlangsung dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page