top of page

ADUN Rawang peruntukan RM400,000 bina dewan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 22, 2023
  • 1 min read


Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang memperuntuk dana RM400,000 bagi menaik taraf kemudahan bagi penduduk sekitar kawasan diwakilinya.


Menurut Chua Wei Kiat, peruntukan di bawah Projek Selangor Penyayang daripada Kerajaan Negeri itu bakal digunakan antaranya bagi pembinaan sebuah dewan terbuka di Kampung Sungai Bakau yang dijadual bermula Ogos ini.


Tambahnya, dengan adanya dewan itu kelak, lebih 100,000 penduduk termasuk tiga perumahan berdekatan bakal menikmati kemudahan berkenaan.


"Pembinaan dijadual bermula Ogos nanti, minggu ini kita akan turun melawat tapak lokasi cadangan dan dewan ini juga bakal dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang serta kemudahan asas lain.


"Cadangan membina dewan ini disebabkan kekurangan kemudahan berkaitan di kawasan tersebut, ia turut dapat dimanfaatkan penduduk kawasan berhampiran seperti di Country Home, Saujana Rawang dan Kota Emerald," katanya ketika dihubungi.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, dengan adanya dewan itu kelak, penduduk sekitar turut boleh menyewa kemudahan itu bagi majlis perkahwinan, kenduri-kendara serta pelbagai program kemasyarakatan dengan caj sewa yang murah.


Sementara itu tambah Wei Kiat, peruntukan diterima pihaknya turut diagihkan kepada komuniti, ia antaranya RM10,000 kepada beberapa Majlis Perwakilan Ketua Kampung sekitar DUN Rawang bagi perbelanjaan peralatan pejabat seperti komputer dan alat tulis.


"Kita juga jalankan projek membaik pulih gelanggang silat di Batu Arang dan gelanggang futsal di Bukit Rawang Jaya serta satu projek menaik taraf padang di New Green Park melibatkan peruntukan RM90,000," jelasnya.


コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page