ADUN Rawang anjur ujian Covid 19 diskaun RM50
- Redzuan Shamsudin
- Feb 1, 2021
- 1 min read

Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang bersama NGO dan klinik Dr DV menganjurkan Ujian Saringan Covid19 Antigen dengan diskaun istimewa bagi pengundi DUN Rawang.
Menurut ADN Rawang Chua Wei Kiat (gambar, kiri), ujian Antigen Covid 19 itu ditawarkan dengan harga RM50 per individu.
"Bermula Februari 2021, pejabat saya dan YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang) bersama NGO serta Klinik Dr.DV akan menganjur Ujian Saringan Covid19 Antigen dengan harga RM50 bagi penduduk dan pengundi DUN Rawang.
"Tujuan utama ujian ini adalah untuk membantu golongan yang tidak mampu untuk melakukan ujian saringan Covid 19 untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid19," katanya.
Klinik Dr. DV boleh dikunjungi dengan menaip lokasi di https://goo.gl/maps/HeLFXQ9MNvtnVBSV9
Comments