top of page

ADUN Batu Uban agih bantuan Deepavali kepada golongan B40

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 15
  • 1 min read

Kumaresan (tengah) bersama penerima agihan baucar  membeli-belah bernilai RM120
Kumaresan (tengah) bersama penerima agihan baucar  membeli-belah bernilai RM120

Seramai 150 penerima daripada golongan B40 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban, Pulau Pinang menerima sumbangan baucar membeli-belah bernilai RM120 setiap seorang sebagai persediaan menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, program itu merupakan inisiatif tahunan bagi memastikan tiada golongan terpinggir ketika meraikan musim perayaan.


"Setiap kali tiba musim perayaan, saya akan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan B40 di Kadun Batu Uban," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga yang kurang berkemampuan agar mereka juga dapat menikmati sambutan dengan penuh kegembiraan.


"Nilainya mungkin kecil, namun maknanya amat besar bagi mereka yang menerima, tanda bahawa kita tidak pernah melupakan sesiapa dalam komuniti kita," ujarnya.


Beliau turut menyampaikan ucapan sempena perayaan itu, dengan harapan agar Deepavali kali ini membawa sinar kebahagiaan dan kasih sayang kepada seluruh masyarakat.


"Semoga Deepavali kali ini membawa lebih banyak sinar kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan kepada semua.


"Selamat Menyambut Deepavali," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page