top of page

ADUN Batu Maung dilantik Timbalan Ketua Menteri I P Pinang



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dari KEADILAN sah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang baharu bagi penggal kali ini.


Mantan Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang itu juga diberi tanggungjawab untuk mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Mohammad berkata, beliau akan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.


Menjelaskan bahawa beliau baharu dalam dunia politik namun menyifatkan portfolio diamanahkan bukan sesuatu yang asing kepadanya.


"Porfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan dan Pengajian Tinggi bukanlah asing kepada saya kerana sebelum ini saya Ketua Eksekutif Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan ia (portfolio) adalah bidang saya.

"Saya sedia berkhidmat kepada rakyat di Pulau Pinang terutama dalam membangunkan agama Islam, pendidikan dan pengajian tinggi...bagi pembangunan masyarakat. Kita akan bawakan Kerajaan Perpaduan kepada orang ramai kerana itulah temanya dan tugas semua barisan Exco sekarang ini ialah bina semula pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat," katanya dipetik.


Selain beliau, turut mengangkat sumpah sebagai Exco semalam adalah ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo yang juga Timbalan Ketua Menteri 2; ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol; ADUN Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari; ADUN Paya Terubong, Wong Hon Wai; ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim; ADUN Jawi, H'ng Mooi Lye; ADUN Padang Lalang, Gooi Zi Sen; ADUN Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo; dan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.


Sementara itu Rashidi yang merupakan wakil tunggal daripada Barisan Nasional (BN) menyifatkan tanggungjawab sebagai Exco Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar diamanahkan dapat membina kekuatan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.


''Kita boleh nampak keikhlasan gabungan perpaduan Pakatan Harapan-BN untuk membentuk masyarakat MADANI di negeri ini dengan pelantikan wakil BN dan ia dapat menarik sokongan pengundi Melayu kepada Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page