top of page

ADUN Bakar Arang selesaikan aduan jalan rosak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 7, 2023
  • 1 min read


Meskipun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh merupakan pembangkang di negeri Kedah namun beliau berjaya menyelesaikan aduan jalan rosak di Sungai Petani berhampiran kompleks membeli-belah Central Square dalam tempoh sekitar sebulan.


Menurut Adam Loh, pihak Pusat Khidmat DUN Bakar Arang telah menerima laporan mengenai kerosakan pada struktur jalan raya di kawasan lalu lintas utama di bandar Sungai Petani itu pada 17 Ogos lalu, dan aduan dimajukan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Adam Loh melawat projek pembaikan jalan

Pada bulan berikutnya, kata Adam Loh, JKR memaklumkan bahawa peruntukan pembaikan telah pun diluluskan.


"Pada 9 September, pihak JKR telah memaklumkan pada kami permohonan peruntukan bagi kerja-kerja pembinaan semula struktur jalan raya yang rosak berkenaan telah dilakukan dan masih menunggu kelulusan.


"Dalam tempoh yang singkat, pihak JKR telah bertindak responsif dengan memulakan proses baik pulih kerosakan struktur jalan raya tersebut," katanya.


Sehubungan itu, ADUN Bakar Arang itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses baik pulih kerosakan struktur jalan raya tersebut berjalan dengan pantas.


Adam Loh berharap warga Sungai Petani, khasnya di DUN Bakar Arang akan dapat menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik selepas ini.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page