top of page

80 projek perumahan sakit berjaya dipulihkan, task force positif



Penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai sejak 30 Disember 2022 sehingga 30 Mac 2023 telah menunjukkan kesan positif dengan 80 projek perumahan swasta dalam kategori sakit telah berjaya diselesaikan


Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasir, 80 projek tersebut telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan atau Certificate of Completion and Compliance (CCC).


Selain itu, katanya, 12 projek sakit yang lain telah dipantau sehingga kembali mengikut jadual pembinaan dengan menjadikan jumlah keseluruhan 92 projek berjaya dikeluarkan daripada senarai projek sakit bagi suku tahun pertama ini.


"Melalui Task Force yang telah diadakan, KPKT berjaya mengenalpasti sebanyak 95 projek perumahan swasta sakit yang menghadapi isu berkaitan utiliti seperti sambungan bekalan elektrik, sistem pembentungan, bekalan air, kemudahan jalan dan perparitan yang menjadi kekangan oleh pihak pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut tempoh masa yang dirancang.


"Ini antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya projek perumahan swasta sakit selain daripada faktor utama yang melibatkan isu kewangan syarikat, " katanya dalam sidang media di Perbadanan PR1MA Malaysia, Oasis Square, Ara Damansara, pagi tadi.


Tambah Akmal, bagi memudahkan urusan projek sakit dengan syarikat utiliti pula, kementerian akan bertindak menjadi pemudah cara. Begitu juga masalah yang dihadapi pemaju dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.


"Memandangkan isu utiliti dan PBT telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang akan menyebabkan projek lewat dan sakit, maka pemaju telah dinasihatkan untuk memaklumkan kepada KPKT pada peringkat awal sekiranya mereka mengalami masalah tersebut bagi mengelakkan kelewatan projek," jelas Akmal.


Beliau juga berkata Kementerian pada ketika ini sedang memberi memberikan tumpuan khusus terhadap pemulihan projek perumahan sakit kelolaan perbadanan dan syarikat di bawah KPKT.


"Projek-projek di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) turut dipantau dan Task Force menetapkan sasaran 10 daripada 20 projek sakit disiapkan dalam tahun 2023, seperti yang diumumkan oleh saya di Parlimen awal tahun in," katanyai.


Berdasarkan rekod, kata Akmal, sehingga 30 April 2023, lapan Projek Sakit PR1MA telah berjaya disiapkan dan menerima CCC.


Projek tersebut adalah Residensi Taman Raia Sentosa (Sungai Raia), Perak; Residensi Woodford Estate Fasa 1, Sabah; Residensi Kota Tinggi, Johor; Residensi Ranggu, Sabah; Residensi Sitiawan Fasa 2, Perak; Residensi Pelangi Indah, Johor; Residensi Seri Mahkota (Sungai Ular), Kedah; dan Residensi Bandar Bukit Mahkota, Selangor.


Pihak KPKT tegasnya, akan bekerja lebih keras bagi menyelesaikan lebih banyak projek sakit dan terbengkalai pada masa hadapan bagi kemudahan hidup rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page