top of page

17 kerusi DUN baharu boleh digunakan jika S'wak tidak bubar DUN awal

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 5
2 min read

Updated: Sep 6


Kerajaan Sarawak diseru tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlalu awal bagi membolehkan proses persempadanan semula diselesaikan dan 17 kerusi DUN baharu yang dicadangkan dapat digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar) berkata, 17 kerusi baharu itu masih berpeluang digunakan sekiranya keseluruhan proses persempadanan dapat diselesaikan sebelum DUN dibubarkan.


"Saya ingin menegaskan bahawa 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu masih berpeluang digunakan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, sekiranya proses persempadanan semula dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan.


"Perkara ini bergantung kepada penyempurnaan keseluruhan proses persempadanan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan, termasuk proses bantahan, syor dan kelulusan yang berkaitan sehingga akhirnya diwartakan," katanya dalam kenyataan media.


Sehubungan itu, Abun Sui menyeru Kerajaan Sarawak supaya memberi ruang kepada proses berkenaan diselesaikan terlebih dahulu dan tidak terburu buru memanggil Pilihan Raya Negeri yang dijangka awal tahun depan.


"Sekiranya tempoh masa yang diperuntukkan oleh undang-undang masih mencukupi, Kerajaan Sarawak mempunyai ruang untuk membenarkan proses tersebut disempurnakan terlebih dahulu supaya 17 kerusi DUN baharu yang dicadangkan itu dapat digunakan dalam pilihanraya akan datang," katanya.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, penambahan kerusi berkenaan bukan semata-mata berkaitan jumlah kerusi politik, sebaliknya menyentuh soal representasi rakyat yang lebih seimbang.


Beliau berpandangan bahawa rakyat Sarawak berhak mendapat penjelasan mengenai status sebenar proses persempadanan serta jangkaan tempoh ia dapat diselesaikan.


Sebagai Ahli Dewan Negara, Abun berkata beliau akan terus memberi perhatian terhadap proses tersebut bagi memastikan kepentingan rakyat Sarawak, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman, tidak terpinggir dalam menentukan masa depan sistem perwakilan negeri.


"17 kerusi baharu masih boleh digunakan. Yang penting, jangan bubarkan DUN terlalu awal.


"Saya menyeru semua pihak supaya memberi ruang kepada proses perlembagaan dan perundangan ini diselesaikan terlebih dahulu demi kepentingan rakyat Sarawak," katanya.


Untuk rekod, Sarawak mengadakan PRN pada Disember 2021 lalu dan pilihanraya berikutnya adalah pada tahun 2027.

2 Comments


Tink
Tink
Sep 05

Gameplay in The Wonderful Puppet Circus centers on choice-driven dialogue selection, emotional alignment, and night-shift investigations.As you interact with the performers behind the tent's shadows, every response gauges whether you approach them with warmth, curiosity, or cautious skepticism.

Like

Tink
Tink
Sep 05

Open Trend is a global discovery and trend-tracking platform designed specifically for developers looking for high-quality open-source projects. We curate valuable tools across categories like development and AI agents. By providing rich bilingual guides, real-time activity tracking, and deployment templates, we help you quickly find and adopt the perfect open-source solutions to boost efficiency, saving you valuable research and evaluation time.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page