top of page

100 pelajar B40 terima baucar sekolah RM115 di DUN Batu Uban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 6
  • 1 min read

Kumaresan (berbaju kuning) menyerahkan baucar bantuan persekolahan kepada pelajar memerlukan
Kumaresan (berbaju kuning) menyerahkan baucar bantuan persekolahan kepada pelajar memerlukan

Seramai 100 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kadun Batu Uban menerima bantuan baucar sekolah bernilai RM115 setiap seorang bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan keluarga.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmennya yang berterusan dalam menjadikan pendidikan sebagai fokus utama sejak diberikan mandat sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.


"Sejak saya diberikan mandat sebagai wakil rakyat, fokus utama saya adalah terhadap sektor pendidikan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, sebahagian besar peruntukan kawasan telah disalurkan terus kepada sekolah-sekolah di Kadun Batu Uban bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pendidikan, pembekalan peralatan serta kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur sekolah.


Dalam pada itu, Kumaresan turut mengingatkan ibu bapa agar memainkan peranan aktif memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang baik dan hadir ke sekolah secara konsisten.


"Saya berpesan kepada para ibu bapa agar memastikan anak-anak menerima pendidikan yang baik dan sentiasa hadir ke sekolah," katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI telah menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar sekolah bagi membantu meringankan kos sara hidup dan perbelanjaan pendidikan keluarga.


Selain bantuan kewangan, Kumaresan berkata beliau telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kadun Batu Uban untuk memulakan kelas tuisyen percuma bermula tahun 2026.


"Kemudahan Dewan MPKK yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat aktiviti pendidikan untuk komuniti setempat," katanya lagi.


Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan teras utama kepada kejayaan dan kemajuan negara, justeru usaha berterusan perlu digerakkan bagi memastikan tiada pelajar tercicir akibat kekangan kewangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page