top of page

Tolak kempen 'Jangan Turun Mengundi'



Kempen "Jangan Turun Mengundi' telah digerakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial dan mensasarkan golongan muda yang tidak begitu faham pentingnya proses melantik kerajaan secara demokrasi.


Menurut Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hasbie Muda, rakyat yang cintakan negara sewajarnya menolak keras kempen berkenaan yang akan menghilangkan peluang mereka untuk melantik kerajaan berwibawa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Beliau mengingatkan bahawa selepas Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dikuatkuasakan sebulan lalu hujah undi rakyat sia sia sekiranya Langkah Sheraton berulang tidak lagi relevan.


Katanya, tidak akan boleh berlaku lompat parti kerana akibatnya Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi dan kerajaan baharu tetap tidak boleh dibentuk.


"Pelaksanaan undang-udang larangan lompat parti ini telah meletakkan rakyat pada kedudukan yang lebih tinggi sebagai penentu masa depan negara.


"Mengundi adalah jasa besar rakyat kepada negara selepas bersatu hati tanpa mengira bangsa dan agama dengan melakukan perubahan dalam PRU lalu," katanya.


Tambah Hasbie, sekiranya rakyat termakan propaganda "Jangan Turun Mengundi' hanya akan memenangkan BN kerana pada hari mengundi jentera BN akan menjemput para penyokong mereka di rumah masing masing biar pun pada awalnya mungkin ada yang tidak mahu mengundi.


"Taktik BN membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya semasa musim banjir telah berjaya. Maka, jangan biarkan propaganda 'Jangan Turun Mengundi' pula menjadi kekuatan tambahan kepada BN.


"Justeru, dengan mengambil semangat melakukan perubahan seperti yang berlaku dalam PRU lalu, saya menyeru kepada semua pihak agar menjawab semula propaganda songsang dengan keluar mengundi


"Rakyat perlu difahamkan bahawa mereka memiliki kuasa yang kuat dan kukuh untuk melakukan perubahan dalam negara ini," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page