
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal menjalankan kajian menyeluruh berhubung insentif untuk peniaga terlibat dalam pelaksanaan Menu Rahmah selepas sambutan Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata tempoh empat ke enam bulan pasca pelaksanaan program itu dilihat masa tepat bagi kerajaan membuat kajian dan penambahbaikan kepada program yang dilancarkan pada Febuari itu.
"Kita akan dapatkan fakta yang meliputi lokasi dan bentuk menu yang ditawarkan peniaga, selain itu ia akan turut melibatkan proses menemu duga peniaga mengenai bentuk bantuan yang mereka perlukan," katanya dalam satu sidang media semalam.
Pada awal Febuari lalu, Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh berkata pihaknya mempertimbang insentif yang boleh diberikan kepada golongan peniaga bagi menggalakkan lebih ramai menyertai program Jualan Rahmah.
Antara yang dipertimbangkan adalah menambah kuota bagi menampung keperluan tambahan pekerja di sesebuah restoran yang menawarkan Menu Rahmah selain menyelesaikan isu bekalan supaya peniaga dapat mendapat bekalan pada harga borong.
Kajian insentif kepada peniaga penting apabila media mula memainkan isu peniaga kecil akan gulung tikar sekiranya terus menerus menyediakan Menu Rahmah. Bagaimanapun pihak media tidak punya menyatakan apakah peniaga kecil tersebut berdaftar dengan kementerian KPDN atau tidak menyertai program tersebut.
Sebelum ini, Menu Rahmah dinyatakan telah disertai lebih 1,500 premis perniagaan tanpa butir klasifikasi saiz perniagaan tersebut.
Comentarios