Jan 21, 20211 min

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang ucap terima kasih bantuan banjir RM1 juta dari Selangor

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari semalam bahawa negeri itu akan memberi bantuan banjir berjumlah RM1 juta kepada rakyat Pahang dialu-alukan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Fuziah Salleh mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas keprihatinan MB Selangor berkenaan.

"Saya mengambil maklum Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500 ribu.

"Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan PH Selangor di atas keprihatinan yang tidak berbelah bagi, mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat yang sedang menderita akibat bencana banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Saya doakan tidak ada yang disisihkan dalam agihan nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Pahang antara negeri yang sangat terjejas dalam banjir antara yang terburuk melanda negara kira-kira dua minggu lalu.

Sebelum ini, bantuan yang diberikan kepada rakyat Pahang dari sukarelawan parti-parti politik memerintah Selangor, pengumuman semalam merupakan bantuan rasmi dari Kerajaan Negeri.

    0