top of page

Wanita KEADILAN cabar kerajaan PN laksana sidang Parlimen secara maya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6, 2021
  • 2 min read

Kejayaan penganjuran Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) secara dalam talian dua hari berturut-turut membuktikan mesyuarat yang lebih penting seperti sidang Parlimen boleh diadakan secara atas talian.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, tiada lagi alasan yang boleh digunakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menidakkan sidang Parlimen dengan 220 anggota itu menggunakan teknologi sidang video terkini selepas KEADILAN berjaya menerokainya.


"KEADILAN tidak gentar mendepani pelbagai cabaran menjalankan Kongres Nasional secara dalam talian apatah lagi Kongres Nasional Wanita Ke-15 telah pun berjaya disempurnakan pada 4 Jun 2021 demi mempertahankan prinsip demokrasi bermesyuarat, walaupun diberikan masa 18 hari sahaja mengadakan persiapan


"Oleh itu, saya mencabar (Menteri Dalam Negeri) Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) membenarkan Parlimen bersidang secara maya dengan serta merta kerana tiada apa yang perlu dikaji lagi oleh kerajaan.


"Bahkan, kerajaan mengambil masa yang terlampau panjang untuk mengkaji sedangkan negara lain sudah pun melaksanakan hal tersebut.


"Kerajaan PN patut mencontohi azam yang ditunjukkan oleh KEADILAN mengharungi pelbagai cabaran dan halangan demi mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen," kata Fuziah dalam kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen Kuantan itu turut kesal dengan kenyataan provokasi Datuk Seri Hamzah pada 4 Jun lalu mengatakan KEADILAN tidak berani berkongres dengan perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen.


Katanya, anggota dan perwakilan KEADILAN tidak bersetuju dengan Menteri PN yang seolah-olah mempunyai hak istimewa dan mengamal praktis dua darjat berkaitan pematuhan procedur operasi standard (SOP) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).


Sedangkan isu sebenar, katanya, rakyat tidak boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa adalah kerana kegagalan kerajaan menyediakan suntikan vaksin dalam tempoh waktu dijanjikan.


"Tambahan lagi, KEADILAN tidak pernah meragui kepentingan pematuhan SOP sebagai langkah pencegahan dan membanteras penularan wabak Covid-19.


"Sebaliknya, kekalutan yang berlaku hari ini adalah akibat kerajaan gagal memperolehi bekalan vaksin yang mencukupi dan kadar pemvaksinan yang rendah pada fasa awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," katanya lagi.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page