top of page

Universiti wajar diberi hak tetapkan calon peperiksaan ambil vaksin

Updated: Jul 22, 2021


Institusi Pengajian Tinggi atau universiti di tanah air wajar diberikan hak menentukan seseorang calon dibenar memasuki dewan peperiksaan hanya setelah mengambil vaksin Covid 19.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, hal itu wajar diberi keutamaan oleh Kementerian Pegajian Tinggi memandangkan seseorang calon yang tidak divaksin boleh mengundang penyebaran virus Covid ke dalam kalangan calon-calon peperiksaan yang lain.


"Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan tentang berita tular seorang pelajar perubatan dari Universiti Malaya, adik Nik Farah Ellisha Mohd Razif, yang telah membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan lantaran belum menerima suntikan vaksin Covid-19 . Beliau pula dikatakan memilih untuk tidak mahu menerima suntikan vaksin tersebut sejak awalnya.


"Saya melihat hal ini dari beberapa sudut. Sebagai seorang individu, memang beliau mempunyai hak untuk memilih samada menerima vaksin atau tidak, apatah lagi dalam keadaan di mana negara kita pula tidak punya undang-undang mandatori terhadap mereka yang menolak vaksin.


"Disebalik itu, pelajar ini ialah seorang pelajar perubatan (under graduate ) yang bagi saya mempunyai suatu tanggungjawab masa depan yang lebih besar sebagai bakal pengamal perubatan atau “a future Doctor”.


"Adalah menjadi etika dan keutamaan seorang doktor untuk menjaga keselamatan dan keselesaan kesihatan persekitaran, sementelah dalam suasana pandemik Covid 19, di mana umum maklum bahawa pengidap (pembawa virus) mungkin juga kelihatan sihat tanpa sebarang simptom. Maka seseorang itu kena bersikap lebih berhati-hati dalam pergaulan di persekitaran yang melibatkan kehadiran orang lain.


"Pihak universiti, bagi saya telah melaksanakan tanggungjawab dan bertindak secara rasional serta tidak bias. Suasana perperiksaan walaupun ujian bertulis tetap berlaku dalam Dewan yang ada pelajar lain di situ. Sudah tentu keselamatan pelajar lain juga menjadi tanggunjawab kepada universiti," kata Dr Zaliha dalam satu kenyataan.


Menurut Pengerusi Biro Dasar, Strategi dan Latihan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu lagi, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad sebaliknya dilihat kurang faham apabila menyatakan pihak universiti tidak mempunyai hak menentukan seseorang pelajar menduduki peperiksaan atau meneruskan pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah hanya kerana tidak mengambil vaksin.


"Malah perkara sebegini (peperiksaan) harus dilihat sebagai “individual case” kerana ia melibatkan pembelajaran perubatan yang bukan sahaja ada peperiksaan bertulis seperti dilaporkan tetapi ada juga peperiksaan praktikal yang melibatkan hubungan pelajar dengan pesakit dan sudah tentu membuka kepada ruang risiko yang lebih tinggi.


"Saya melihat Menteri gagal meneliti dari sudut keselamatan pelajar juga keselamatan warga universiti yang lain. Sudah tentu kita tidak mahu timbul pula kluster universiti kerana negara sendiri sudah sarat dengan 1,328 kluster tempat kerja yang mana 639 ialah kluster perkilangan seperti yang dilaporkan baru-baru ini," katanya.


Menurut beliau, timbul isu kebenaran dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana garispanduan yang dinyatakan MKN itu adalah umum yang ada masanya kurang jelas dan sering berubah-ubah.


Bagaimanapun, katanya menjadi tanggungjawab Menteri dan Kementerianlah mencadangkan solusi yang terbaik dalam masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasar kementerian sendiri dan dalam hal tersebut adalah kumpulan pelajar perubatan yang risikonya hampir menyamai risiko petugas barisan hadapan

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page