top of page

Umno dikafirkan kerana sekular, Mahathir liberal, boleh pula Pas berkawan?



Pas mungkin telah tiba ke titik paling mengelirukan dalam perjuangannya apabila bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.


Bagi aktivis Pertubuhan Idealis Anak Muda, Wan Mahussin Wan Zain, ahli dan penyokong Pas sepatutnya menyoal diri mereka sendiri apakah Mahathir telah bertukar fahaman kepada 'Islam Pas' sehingga parti itu sanggup berkawan dan mengangkat ahli politik berkenaan sebagai pembela orang Melayu.


"Mahathir dulu (dalam Umno, pas gelar) sekular, liberal, asabiyah.


"Kafirnya Umno dulu kerana mempertahankan Perlembagaan penjajah. Umno angkat bangsa.


"Tiba tiba hari ini Pas angkat Mahathir untuk mengangkat orang Melayu. Orang Pas, penyokong Pas, kamu tak rasa diperbodohkankah? Tak rasa Hj Hadi hari ini memutar belit fakta, adakah Hj Hadi buat buat nyanyuk? Cuba persoalkan.


"Yang jaga Islam, Melayu (di Malaysia) bukan Pas tetapi Perlembagaan dan Tuanku Agong serta Raja raja di negeri masing masing," katanya dalam forum terbitan Media Perpaduan bersiaran dari Audotorium Menara Dato Onn, malam tadi.


Mantan pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu juga mengecam pimpinan Pas kerana memerangkap rakyat Kelantan dengan fatwa memilih sama ada mahu air bersih atau Islam.


Katanya, sebagai pemimpin, kedua dua perkara itu perlu disediakan oleh kerajaan dalam suasana kondusif kepada rakyat, bukannya memilih salah satu.


"(Pas) buat fatwa 'kamu nak air atau nak Isley'. Tak cerdik pemimpin macam itu.


"Kalau soal air atau Islam, rakyat pun boleh soal kamu; nak Mercedes ke nak Islam?


"Politik adalah siasah, bila dah ada siasah kita ada muamalat supaya boleh pandu kehidupan rakyat memacu kehidupan.


"Kalau memilih kerajaan jaga Islam tetapi kita angkat takbir (solat), (teringat) aku nak kerja apa hari ini, anak bini nak makan apa, susah juga.


"Kita kena sediakan kemudahan kepada rakyat supaya ibadah dia rasa selasa dan selamat," ujarnya.


Mengulas mengenai pengundi muda atau Undi 18, Wan Mahussin menyalahkan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2018 yang terlalu tergesa gesa mahu diluluskan pindaan Perlembagaan sedangkan persatuan pelajar katanya, mendesak kerajaan menyediakan modul pendidikan demokrasi di sekolah menengah terlebih dahulu.


Akibatnya, kata beliau, anak muda mengundi pemimpin seperti memilih artis dalam juara lagu, berdasarkan populariti atau isu yang dimainkan di media sosial.


"Anak muda berusia 18 tahun, nak kata mereka tak bijak ada yang bijak.


"Tetapi bagaimana nak meletakkan pemilihan bukan sekadar popular di media sosial.


"Ini kesannya bila mereka memilih ikut populariti. Lepas PRU pun tak selesai. Dah ada kerajaan, ada lagi kumpulan nak jatuhkan kerajaan.


"Sepatutnya pemimpin PN perlu tunjukkan kepada anak muda bahawa ini adalah pilihan rakyat, jangan ada lagi nak tebuk atap, nak gulingkan kerajaan.


"Kalau kita nak mematangkan Undi 18, ahli politik kena tunjukkan kematangan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page