top of page

Tunjuk perasaan pro demokrasi bertukar jadi revolusi di Myanmar



Tunjuk perasaan anti junta tentera di Myanmar yang diganasi tentera dan polis pada 4 Mac lalu bertukar kepada revolusi berdarah dengan 38 kematian pada satu hari.


Biar pun begitu, tunjuk perasaan pro demokrasi yang masuk minggu keempat berturut-turut masih tidak berjaya dipatahkan oleh pihak tentera.


Penunjuk perasaan kembali ke jalan raya pada hari Jumaat dengan membawa perisai buatan sendiri bagi melindungi diri dari peluru getah dan pukulan cota polis.


Stesen berita berpengkalan di Singapura, CNA melaporkan para penunjuk perasaan terus melancarkan protes di jalan-jalan utama bandar kewangan Yangon dan bandar kedua terbesar Mandalay.


"Penunjuk perasaan kembali ke jalan raya Myanmar selepas hari pertumpahan darah (Khamis) yang menyaksikan 38 kematian.


"PBB menyatakan jumlah kematian sejak kebangkitan rakyat sebanyak 54 orang sementara 1,700 ditahan.


"Dengan keganasan berterusan Singapura mengarahkan rakyatnya meninggalkan negara itu," lapor CNA.


Sementara itu, upacara pengebumian mayat mangsa tembakan dihadiri ribuan demonstran dan penduduk tempatan diselangi teriakan slogan anti rampasan kuasa tentera.


Imej Angel, gadis 19 tahun tular ke seluruh dunia

Manakala laporan DW News yang berpangkalan di Jerman menyebut sebanyak 600 anggota polis telah meninggalkan posisi dan 10 diplomat menyatakan mereka tidak lagi tunduk kepada junta tentera.


"Penunjuk perasaan optimis mengenai peluang mereka menang dan mereka tidak boleh kalah kerana ini adalah perlawanan penghabisan.


"Rakyat berkata ini adalah pertempuran terakhir, mereka tiada masa hadapan kecuali (mendapatkan) demokrasi," kata DW News.


Insiden keganasan tentera di Mandalay juga tular ke seluruh dunia dengan gambar seorang juara pertandingan tae kwon do tempatan digelar Angel, 19 tahun, memakai baju T bertulis 'everything will be okay' terbunuh ketika membantu para demonstran mendapatkan air selepas tembakan gas pemedih mata


Dalam perkembangan sama, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran sekatan lebih keras akan dikenakan kepada junta tentera Myanmar kerana melanggar hak asasi manusia.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page