top of page

Tubuh pasukan khas percepat perolehan pasukan keselamatan negara - PM Anwar



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar satu pasukan khas diwujudkan untuk mempercepatkan proses kelulusan perolehan bagi pasukan pertahanan dan keselamatan serta agensi penguatkuasaan negara.


Perdana Menteri berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah diminta memantau pasukan itu bagi memastikan semua kelulusan dipercepatkan.


Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan sistem perolehan untuk ketiga-tiga cabang agensi keselamatan negara itu perlu dirombak agar lebih telus.


"Minggu lepas, saya ada perbincangan santai dengan rakan di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan badan penguatkuasaan. Tentunya semua menuntut perbelanjaan lebih besar kerana kelengkapan pertahanan terbiar.


"Sistem perolehan agak lemah, nama sistem perolehan tetapi tidak diperoleh. Dia banyak ketirisan… jadi faktanya apa? Ia harus dirombak dan lebih telus, biar golongan profesional berikan pandangan dan kita nilai dari segi Kementerian Kewangan," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.


Perdana Menteri berkata walaupun sudah memasuki tempoh akhir tahun, kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara perlu disegerakan untuk mereka melaksanakan tugas dengan baik.


"Walau akhir tahun, kita berikan keputusan (kelulusan) agar mereka teruskan kerja," katanya sambil memaklumkan kelulusan tersebut dipercepatkan agar badan penguatkuasaan boleh melaksanakan tugas mereka.


Sementara itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Kewangan yang telah bekerja sebagai satu pasukan dalam tempoh setahun ini untuk membangunkan negara.


Jelas beliau meskipun menghadapi cabaran seperti masalah ringgit namun biasanya ia datang dengan kejatuhan inflasi.


Katanya data pertumbuhan dan pelaburan serta kadar inflasi semuanya menunjukkan sesuatu yang menyakinkan telah dicapai bersama tahun ini.


"Bila ekonomi itu gawat, apa yang kita lakukan, bila ada kemusnahan ekonomi, diambil kesempatan gunakan ikhtiar baru yang kreatif, jangan kekal amalan lama, salah guna kuasa...ini semua ciri merosakkan," katanya sambil berharap tahun hadapan perubahan lebih baik dan cekap dapat dilakukan. 

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page