top of page

Titah Sultan Johor beri peluang kepada PM bukti institusi raja pelindung demokrasi



Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu rakyat Malaysia memberi peluang kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kewibawaannya memerintah merupakan bukti institusi Raja Melayu kekal relevan sebagai penjaga demokrasi negara.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, sistem Raja Berperlembagaan itu telah membuktikan keampuhannya dalam meredakan suhu politik negara, meskipun pada era pergolakan sengit politik 2018 - 2022 yang menyaksikan 3 PM bertukar dalam sepenggal pemerintahan.


"Jadi titah Sultan Johor perlu dilihat dari sudut kita sebagai orang Malaysia di mana Raja Berperlembagaan itu adalah termaktub di dalam Perlembagaan kita. Menjadi satu kemestian kita mentaati Perlembagaan negara


"Kita tengok Raja Berperlembagaan ini menghalang pencabulan. Kalau kita bandingkan Pakistan dan sebagainya, kenapa mereka sepanjang sejarah demokrasinya tidak stabil? Berlaku rampasan kuasa dan macam macam, kerana tidak ada satu tonggak (penjaga) untuk memastikan kestabilan politik dan demokrasi itu sendiri," katanya.


Oleh yang demikian, beliau amat menyokong titah Sultan Johor agar kerajaan PM Datuk Seri Anwar dikekalkan sehingga tamat penggal 5 tahun dan menolak percubaan 'tebuk atap' sekali lagi untuk menukar PM yang akan merugikan negara dari segi ekonomi dan keharmonian politik jangka panjang.


Ahmad Nadhir, dalam pada itu, turut mahu institusi Raja Melayu terus berperanan menjaga dan mengekalkan susu politik negara agar tidak lagi memanas sebagaimana penggal lepas.


"Kita beruntung kerana ada Raja Berperlembagan ini untuk memastikan politik kita berada dalam keadaan stabil.


"Jadi pesanan saya kepada pembangkang, jangan kita sampai mencabuli prinsip Raja Berperlembagaan. Hormatilah pilihan rakyat dan jadilah pembangkang berkualiti serta mampu beri semak dan imbang kepada kerajaan yang ada sekarang," katanya lagi.


Dalam wawancara bersama akhbar Singapura kelmarin Sultan Johor yang bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun hadapan bertitah agar semua pihak memberi peluang kepada PM Anwar membuktikan keupayaannya memerintah.


Titah baginda, tidak ada masalah negara yang boleh ditangani dalam setahun dan Anwar perlu diberikan beberapa tahun bagi dihakimi sama ada mampu menyelesaikan masalah atau sebaliknya.


"Saya tidak fikir anda boleh menukar negara dalam satu tahun.


"Saya fikir (Kerajaan Perpaduan) ada menteri yang baik seperti (Menteri Pengangkutan) Anthony Loke.


"Saya akan menyokong kerajaan, namun jika saya fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan memberitahu mereka," titah baginda dipetik The Straits Times Singapura.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page