top of page

Tindakan Anwar betul, Mufti pertahan lantikan Nurul Izzah



Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mempertahankan tindakan Perdana Menteri melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.


Melalui satu kenyataan, Wan Salim menegaskan bukan satu kesalahan bagi seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga sekiranya berkelayakan, mempunyai integriti serta mempunyai kepakaran.


"Sebagai seorang agamawan, saya cenderung melihat isu ini daripada perspektif Islam.


"Dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat. Banyak masa dihabiskan untuk berpolemik tentang cara untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan matlamat itu sendiri mungkin diabaikan sama sekali


"Bagi saya tidak salah seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarganya sebagai pembantu atau penasihatnya dalam hal-hal kewangan, ekonomi dan sebagainya.


"Asalkan individu yang dilantik itu mempunyai kelayakan dan kepakaran yang dikehendaki di samping ada integriti diri, malah ini boleh memudahkan lagi urusan yang mahu dilaksanakan ," katanya dalam satu kenyataan tersebut.


Isu pelantikan Nurul Izzah menjadi bahan kritikan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa Anwar cuba mengamalkan nepotisme dan melanggar janjinya sebelum ini.


Anwar yang ditemui media pada Selasa menegaskan bahawa pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya teratur.


Mengulas kritikan mengenai amalan nepotisme, Anwar menjelaskan hal itu berlaku jika seseorang itu diberi jawatan untuk tujuan menyalahgunakan kuasa, memperkayakan diri, menambah kontrak dan mahu mendapat upah yang tinggi sedangkan Nurul Izzah tidak menerima sebarang imbuhan dari lantikan itu.


Sementara itu Wan Salim turut memberi pandangan bahawa dalam hal yang berkaitan tadbir urus sesebuah negara, matlamat yang ingin dicapai adalah perkhidmatan efisien, telus dan beramanah supaya nasib rakyat terbela selain kehidupan mereka terjamin daripada aspek kebebasan, keadilan dan kebajikan.


"Jika dilihat daripada perspektif Islam, tindakan sedemikian adalah mengikut jejak langkah orang-orang soleh yang mendapat hidayah Allah SWT seperti yang terkandung dalam Al-Quran.


"Untuk mencapai matlamat ini individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali urusan kerajaan terutama dalam hal-hal yang membabitkan kewangan mestilah memiliki integriti diri. Ini adalah supaya tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana awam yang merugikan negara," katanya.


Beliau turut berkongsi pandangan bahawa Nurul Izzah bukan seorang pemimpin yang mengejar harta dan kemewahan dan rakyat tegasnya wajar berbangga dengan individu yang sanggup berkhidmat untuk negara dan rakyat dengan sukarela.


"Kadang-kadang saya pelik apabila mendapati sebahagian masyarakat memprotes seseorang yang berkhidmat untuk negara secara percuma. Mereka sebaliknya boleh menerima seorang lain yang memperoleh habuan tanpa menyumbang sebarang perkhidmatan.


"Bagi saya, sikap sedemikian menunjukkan kepada kehilangan pertimbangan akal yang waras. Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah umat Nabi Luth AS yang mengusir golongan beriman dari kampung halaman mereka dengan alasan golongan tersebut adalah orang-orang yang menyucikan diri daripada kejahatan," katanya dalam kenyataan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page