top of page

Tiada aduan harga melampau pada musim perayaan



Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 yang bermula 15 April lalu mendapat kerjasama baik dari golongan peniaga.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil maklumat dan pemantauan penguatkuasa KPDN di seluruh negara mendapati rata-rata pengguna berpuas hati dengan penguatkuasaan dilaksana kerajaan dalam mengawal harga 30 jenis barangan ditetapkan menerusi skim itu.


Malah tiada sebarang aduan kenaikan harga melampau sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 telah dilaporkan.


"SHMMP Aidilfitri 2023 tamat hari ini dan saya dapat maklumat tiada langsung aduan atau bantahan berkenaan kenaikan harga atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan.


"Saya ucap terima kasih kepada peniaga yang mematuhi skim ini. Alhamdulillah, kosong (tiada langsung aduan kenaikan harga)," katanya.


Salahuddin sebelumnya ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, Putrajaya pada Ahad.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai sementara itu menegaskan KPDN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta pelbagai pihak lain termasuk media bagi memastikan skim itu berjalan lancar.


Sebagai contoh jelasnya, isu kekurangan bekalan telur di Kelantan dan Terengganu sebelum 1 Syawal baru-baru ini tidak begitu serius, malah ia berjaya diatasi dengan segera.


"Jadi tidak timbul langsung masalah semasa musim perayaan ini. Namun, kita akan bekerja lebih kuat untuk memastikan rantaian bekalan mencukupi," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page