top of page

Tangani isu pemandu mabuk sepantas wabak Covid 19 - AMK

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 2, 2020
  • 2 min read




Isu pemandu mabuk mengakibatkan kematian dan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini memerlukan tindakan segera kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang suatu ketika dahulu mengkritik Pakatan Harapan (PH) gagal menguatkuasakan undang-undang tegas berhubung hal tersebut.


Bagi Ketua Angkatan Muda (AMK) Negeri Kedah, Mohammed Firdaus Johari, langkah menangani pemandu mabuk sepatutnya dilakukan dengan pantas mungkin dan tidak berlengah.


Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, katanya, menjamin akan memberi perhatian serius ke atas isu berkenaan dalam kenyataan beliau pada 29 Mei lalu.


Firdaus mencadangkan agar kerajaan PN mengusahakan pindaan undang-undang dalam sesi Parlimen Julai depan dan melakukannya dengan pantas sebagaimana tindakan menangani wabak Covid 19.


"Langkah segera perlu diambil Kerajaan dalam memastikan cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan (pada era PH) dibawa ke persidangan Parlimen.


"Saya juga ingin mengulangi cadangan yang dinyatakan sebelum ini, iaitu hukuman terhadap pemandu mabuk dan pesalah jalan raya yang menyebabkan kematian perlu ditingkatkan kepada minimum penjara 5 tahun dan maksimum penjara seumur hidup.


"Manakala denda tidak melebihi RM200,000 dan wang pampasan tersebut dibayar kepada keluarga waris. Lesen memandu pesalah juga wajib digantung seumur hidup," katanya dalam satu kenyataan.


Firdaus juga menyeru agar isu pemandu mabuk tidak dijadikan bahan politik dan perkauman sebagaimana dilakukan Umno serta Pas sewaktu mereka menjadi Pembangkang.


Katanya, isu melibatkan nyawa manusia perlu ditangani secara merentasi pendirian politik.


Berhubung kenyataan Menteri agar pihak polis membantu keluarga mangsa kemalangan maut, terutama bagi membolehkan mereka membuat tuntutan sivil di mahkamah, Firdaus mencadangkan Kerajaan berbincang dan bekerjasama erat dengan Majlis Peguam Malaysia agar tuntutan sivil untuk keluarga mangsa boleh dijalankan tanpa beban kewangan yang tinggi kepada mereka.


"Oleh itu, saya berharap kerajaan tidak sekadar berjanji sahaja tetapi perlu melaksanakannya. Setiap Ahli Parlimen Malaysia wajib menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut apabila dibawa ke persidangan Parlimen kelak.


"Janganlah sehingga keluarga kita sendiri yang menjadi mangsa dan yatim piatu baru kita hendak riuh sekampung," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page