top of page

Syarikat air Kelantan perlu respons bekalan tidak mencukupi di Aidilfitri



Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) mahu syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) respons segera kepada luahan hati warga maya berkenaan bekalan air bersih yang tidak mencukupi pada musim perayaan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.


Yang Dipertua ABIM Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad juga melahirkan rasa kesalnya apabila AKSB bertindak menutup ruangan komen di akaun rasmi Facebook syarikat tersebut pada 21 April lalu berikutan pelbagai kritikan yang diterima.


"Tindakan AKSB menutup ruangan komen adalah tidak wajar kerana akaun rasmi AKSB di semua platform media sosial sepatutnya menjadi ruangan untuk netizen melaporkan isu tersebut


"Memandangkan beberapa komen netizen dalam hantaran tersebut turut memaklumkan kawasan yang terjejas, kami memohon AKSB melaporkan bentuk tindakan yang diambil bagi memastikan masalah bekalan air yang dirawat tidak mencukupi sempena Aidilfitri diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, pada musim perayaan bekalan air terawat sepatutnya dibekalkan secara mencukupi, apatah lagi jumlah anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya dianggarkan lebih daripada 6 juta orang


"Justeru kami menggesa Kerajaan Negeri, khususnya Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri memberi penerangan dan penyelesaian segera terhadap isu ini, kerana masalah yang berlaku sedikit sebanyak memberi imej negatif terhadap libat urus keperluan asas negeri," katanya.


Syahiran berharap masalah bekalan air seperti yang dialami pada perayaan Aidilfitri kali ini tidak akan berulang pada masa hadapan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page