top of page

SKMM 'Big Brother': Tindakan elak ketegangan kaum, bukan semberono



Kritikan 8 wartawan veteran yang membantah tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap beberapa portal berita yang menyiarkan kandungan kurang wajar dibuat dengan tidak mendahulukan kepentingan negara.


Menurut wartawan veteran media arus perdana, Noraini Nordin, yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang penulisan, teguran 8 'tokoh' media terbabit amat tidak tepat kerana berdasarkan perkembangan terkini, media yang dipanggil menghadap SKMM itu kelihatannya tidak menyunting dengan baik artikel diterbitkan sehingga berita yang tersiar boleh menimbulkan keresahan hubungan antara kaum atau agama.


"Apa jua tindakan yang diambil SKMM (sebenarnya) bukan secara sembrono atau diputuskan atas lagak sebagai 'abang besar' tanpa pertimbangan atau kajian.


"SKMM bersifat budiman dan membuat pertimbangan yang matang demi menjamin keharmonian negara.


"Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara umumnya sangat terbuka dan sedia menerima kritikan, bahkan kerapkali dihentam atau dibalun dengan keras oleh pelbagai pihak melalui pelbagai platform media.


"Namun, demi kepentingan negara dan menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum untuk jangka panjang, kandungan yang mengelirukan, tidak tepat serta boleh membawa kesan buruk sudah semestinya dipantau dan disekat.


"Jika tidak diawasi maka 'bom jangka' 'pergaduhan dan 'rusuhan' tentu boleh meletus pada bila-bila masa saja," kata Noraini dalam kenyataannya hari ini.

Noraini Nordin

Beliau yang juga Penerima Anugerah Kajai dan Penerima Anugerah Belia Negara (kategori wartawan) itu turut mengingatkan bahawa agensi media tidak boleh diberi kebebasan mutlak dalam menentukan agenda mereka.


Malah katanya, di rumah, sekolah, tempat kerja atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan, individu tertakluk kepada peraturan yang mengawal. Inikan pula media yang mempunyai pengaruh kepada 30 juta pembaca di Malaysia.


"8 tokoh terbabit yang dikenali sebagai bekas wartawan ternama lagi dihormati dan 'tauke' media dan memberi teguran terhadap SKMM itu, tentu masih ingat bahawa ketika mereka menjadi ketua sebelum ini atau masih lagi mengetuai media sehingga sekarang, tulisan wartawan bawahan perlu ditapis dan disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan.


"Kadang-kadang ada juga tulisan wartawan yang diputus untuk tidak disiarkan.


"Proses yang sama juga dilakukan SKMM dalam 'dunia langit terbuka' sekarang berikutan kebanjiran portal bebas atas talian," ujarnya.


Noraini yang juga Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat itu menegaskan bahawa tanpa sebarang pengawasan atau sekatan, media bebas melapor dan menulis apa sahaja maka bukan lebih banyak tamadun akan terbina, sebaliknya hanya kemusnahan yang akan menjelma.


"Dalam hal ini, tiada sikap 'abang besar' dalam tindakan SKMM itu. Ia adalah untuk memastikan agar negara ini terus selamat untuk diwarisi kepada anak cucu kita semua," katanya lagi.


Kritikan 8 tokoh media arus perdana terhadap SKMM hari ini mendapat liputan meluas media massa.


Bagaimanapun bagi tokoh wartawan media alternatif yang merasai penindasan kebebasan media oleh kerajaan pada era kegemilangan tokoh terbabit, mempertikaikan kenyataan mereka sebagai sebagai tidak tepat dan condong kepada musuh politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page