top of page

Skandal LCS: Berbilion duit rakyat 'difaraid' begitu sahaja - Timbalan Presiden PVTTBM

Updated: Aug 9, 2022



Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu didakwa satu 'rompakan di siang hari' ke atas wang rakyat.


Menurut Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM), Kapten (B) Mohd Yahya, skandal tersebut telah mendedahkan bagaimana ahli politik pemerintah menganggap isu keselamatan negara seolah olah boleh dikompromi apabila kapal peronda yang ditempah tidak disiapkan pada waktu ditetapkan.


"Saya study sedikit berkenaan LCS ini, di mana rumusannya kita dapat lihat sistem pertahanan negara dijadikan satu bahan mainan. Ini satu benda yang amat bahaya kepada negara kita.


"Mereka (pemimpin) mungkin tidak merasakan bagaimana kami unit infantri yang bergadai nyawa di dalam hutan sewaktu kita lawan pengganas komunis sampai tahun 1989, sehinggalah komunis menyerah.


"Mereka (sekarang) sewenang wenang menggunakan dana berbilion duit rakyat, difaraid sesama mereka. Kita dengar teknikalnya, kalau kita tengok surat bantahan dari Laksamana (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz sendiri menolak model Gowind yang dicadangkan.


"Sedangkan pengguna akhir, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) nak sebuah kapal tempur. Asalnya model Sigma adalah sebuah kapal tempur. Manakala Gowind kapal peronda.


"Keperluan kita pada waktu itu (dicadangkan) adalah sebuah kapal tempur," katanya dalam bualbicara maya bertajuk "Skandal Kapal Tempur Pesisir LCS & LTAT", malam tadi.

Kapten (B) Mohd Yahya

Menurut Kapten (B) Mohd Yahya lagi, skandal terbaharu ini juga kembali meningatkan rakyat kepada skandal pembelian kapal selam scorpene sebelum ini yang melibatkan komisen RM500 juta dan mengobankan nyawa seorang model Mongolia Altantuya Shariibuu.


Namun skandal kali ini, katanya dapat dibongkar sehingga ke akar umbi kerana kerajaan bertukar pada 2018.


Menurut beliau, satu jawatankuasa siasatan khas dibentuk oleh Kementerian Pertahanan ketika Pakatan Harapan memerintah. Manakala PAC yang diterajui oleh Ahli Parlimen DAP pula mengambil alih siasatan itu apabila kerajaan PH tumbang pada 2020 lalu.


"Bila kerajaan digantikan pada 2018, ditubuhkan Jawatankausa Khas Siasatan Tadbir Urus Perolehan Kerajaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang dan (selanjutnya) didedahkan secara rasmi kepada PAC.


"Ini bukan sembang kedai kopi atau di kaki lima. PAC buat siasatan panggil Hishamuddin, Zahid, bentangkan (hasil siasatan)," katanya.


Namun Mohd Yahya kecewa melihat cara pengurusan skandal tersebut oleh kerajaan BN - PN yang seolah olah tolak menolak dan tidak mengakui kesalahan pemimpin mereka sedekad lalu.


Selain itu, kapal LCS katanya amat diperlukan oleh pihak TLDM memandangkan negara jiran seperti Indonesia telah mengoperasikan kelas itu dengan banyaknya.


"Kalau kita tengok kapal sama, LCS Sigma ini digunakan secara meluas di Indonesia dan Maghribi. Itu sebab TLDM memohon kemudahan ketenteraan yang setara di rantau ini kerana negara kita di kelilingi perairan. Sampai masanya kita miliki kapal begini.


"Malangnya kita bayar RM6 bilion, jumlah yang besar. Kalau tidak dibelanjakan untuk kapal ini, dibelanjakan untuk peralatan pertahanan lain, kita akan dapat perlatan yang canggih. Tetapi hari ini RM6 bilion itu kita tak nampak di mana duduknya LCS ini.


"Sedangkan kalau ikut kontrak pada tahun hadapan kesemua unit yang ditempah telah diserahkan kepada TLDM," katanya.

Untuk rekod, menurut Pengerusi PAC Wong Kah Woh, mengikut jadual asal setakat Ogos 2022, sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan kepada TLDM.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page