Setahun Kerajaan Perpaduan memerintah cabaran terbesar adalah penyampaian maklumat terutama ke atas masyarakat Melayu luar bandar dan sub bandar yang lebih mempercayai maklumat 'terpesong' disebarkan pihak pembangkang berbanding maklumat tepat daripada pihak kerajaan.
Hal berkenaan dikupas dalam forum terbaharu 'Suara Anak Madani : Apa Cerita Setahun Kerajaan Perpaduan Madani?' yang dihostkan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengudang dua panel peting, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Fahmi Fadzil bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bagi Fahmi, cabaran penyampaian maklumat begitu besar dan ianya perlu ditangani segera kerana pihak yang cuba mengelirukan rakyat telah menguasai algoritma di media sosial, yang mana isi kandungan mereka didapati lebih giat mencapai peranti elektronik rakyat Malaysia.
"Di pihak kerajaan kita telah banyak berusaha untuk sama ada mendapatkan ramai kawan kawan untuk bercerita tentang kejayaan (Kerajaan Perpaduan), usaha (kejayaan) sama ada PMX atau Jemaah Menteri atau kerajaan secara amnya.
"Tetapi kita mula nampak isu menarik iaitu algoritma (akses maklumat rakyat melalui telefon, komputer). Perkara ini sedang diteliti, kita nampak next thing, kita takut isu algoritma ini.
"Justeru, kita akan mantapkan lagi dan dalam masa yang sama kita tahu orang tak tengok tv sangat per se, tetapi mereka tengok klip kilp yang dimuatnaik di TikTok atau dikongsi dalam Whatsapp. Cabaran sekarang ialah komunikasi pelbagai hala," katanya.
Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, keupayaan pembangkang mengembangkan dimensi media soal mereka adalah berpunca daripada dana besar yang dilaburkan untuk penyebaran isi kandungan secara berbayar melalui aplikasi media sosial manakala pihak kerajaan agak keberatan untuk melakukan operasi sedemikian kerana membazirkan dana rakyat.
"Dalam setahun berkhidmat ini banyak perkara yang saya pelajari, termasuklah antara lain kita sekarang dapat tahu sumber yang digunakan pihak tertentu, sumber sumber yang besar. Sebelum ini kita tanya dari mana datang duit yang banyak ini (media berbayar)
"Sekarang kita tahulah, ada kes yang dibawa ke mahkamah, libatkan perbelanjaan cukup besar.
"Semua ini ada kesan kerana ramai yang jadi influencer (pembangkang) dan menyokong dengan kuat. Saya difahamkan sekarang ini ada beberapa panggilan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (berkenaan mendanai media sosial). Jadi kita tengok (penyelesaian kes) sebab banyak persoalan timbul dari mana datang duit, dan ada beberapa persoalan lain," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Undang Undang, Azalina turut bersetuju dengan hujah Fahmi dan beliau berkata pembangkang menang persepsi pada musim pilihanraya dan selepas pilihanraya pun mereka melakukan exercise media yang sama.
"Saya rasa ini adalah perang persepsi. Sejak mula kes (Donald) Trump bertanding Presiden AS. Trump mempunyai kekuatan dari segi kewangan dan dia beli sosial media, dan point YB Fahmi itu betul. Mereka yang menang perang persepsi ini akan mengerakkan sokongan dan undian.
"Dulu kita pergi berkempen face to face. Sekarang kempen banyak di sosial media. Kadang kadang betul atau salah kita tidak boleh evaluade. Saya rasa sebagai peguam, nak periksa fakta betul atau tidak itu terlalu laju.
"Betul atau tidak, dia sensasikan lagi dan mewujudkan naratif sensasi. Terikat dengan TikTok ini dia mewujudkan (isu) seperti entertaiment.
"Kalau nak kata konon kerajaan gagal dari segi sosial media saya rasa isu yang perlu ditekankan ialah gagal dalam aspek apa? Kalau nak kejar populariti kita bukan ada PRU sekarang, kita telah selesai pilihanraya.
"Cuma ia (kempen media sosial pembangkang) mewujudkan persepsi kononnya orang tak suka (kerajaan)," katanya lagi.
Comments