top of page

Setahun Bersama Kerajaan Madani: 'Lapor terus prestasi kepada rakyat'



Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan inovasi terhadap penerangan tahap pencapaian pentadbiran kerajaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.


Menurut PM, Kerajaan Madani mengambil pendekatan telus dengan menganjurkan program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang mana semua kementerian menyediakan pameran untuk rakyat melihat prestasi mereka secara telus dan memberi peluang meninggalkan cadangan serta komen.


Selepas ini, kata Anwar, pameran prestasi itu akan dilakukan pula ke negeri negeri dan boleh dilihat secara dekat oleh rakyat di ceruk rantau mana pun.


"Setahun kita mentadbir, kita lapor terus kepada rakyat dan rakyat datang puluhan ribu setiap hari membuat penilaian mereka sendiri berdasarkan fakta dan angka serta memberikan ruang kepada mereka menyatakan cadangan serta pandangan kepada kita.


"Oleh kerana kejayaan yang kita saksikan beberapa hari ini, maka kita akan atur dengan kemudahan yang telah disiapkan memindahkan (pameran) ke negeri negeri.


"Bulan Januari Menteri Besar Selangor setuju supaya kita mulakan laporan ini di negeri Selangor. Berikutnya kita pindah ke negeri lain dengan kos (bahan pameran sedia ada) lebih rendah," katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Jalil, petang ini.


Menurut PM lagi, dasar Madani, Ekonomi Madani, peralihan tenaga, tranformasi digital atau Kajian Semula Rancangan Malaysia ke 12 serta pelan induk perindustrian yang dibentangkan bukan hanya paparan di atas kertas atau di media semata mata.


Rakyat, katanya, boleh melihat sendiri projek atau pembangunan yang dilakukan di kaunter kementerian serta boleh menelitinya.


Selain itu, kata beliau, kerajaan juga mengamalkan anjakan paradigma dalam tatakelola, khususnya di perkhidmatan awam untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada rakyat.


"Di beberapa tempat saya kata anjakan paradigma itu mudah bunyinya namun anjakan bukan sedikit. Bererti keberanian dan kesungguhan melakukan anjakan perubahan dari kaedah lama supaya rakyat beroleh manfaat.


"Negara merdeka lebih 6 dekad misalnya masih ada kemiskinan tegar dan kita tangani. Kita bicara soal pendidikan, komputer, kecerdasan buatan, soal asas (tandas) di sekolah, baik sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Arab tanpa kecuali. Inilah dasar yang lebih telus dalam sejarah negara kita. Bila bicara sekolah daif ia merentas semua kaum dan wilayah.

"Ini pendekatan inklusif," katanya.


Dalam pada itu, PM tetap mengakui ketelusan demokrasi yang diamalkannya kadang kala 'meletihkan' kerana perlu menjawab pelbagai persoalan. Terutama pada sesi Waktu Tanya Jawab PM di Parlimen yang memerlukan beliau menjelaskan pelbagai perkara dan dari disiplin ilmu pelbagai.


Namun katanya, hal itu adalah bagi memberi kepuasan kepada rakyat yang telah memberi mandat buat Kerajaan Perpaduan mentadbir.


"Walau sukar dan membebankan, saya terpaksa tanggung 'PM Question Time'.


"Maknanya bukan sahaja dalam pilihanraya, urusan Parlimen, tetapi (persoalan) dari kalangan rakyat. Itu dimanakan democratic accountability," katanya.


Dalam amanat itu juga PM sekali lagi mengumumkan bahawa pada tahun hadapan, rakyat terutama di desa akan mendapat peruntukan pembangunan yang mereka tentukan sendiri kegunaannya, pada kadar minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.


Hal itu, katanya, akan memberi lebih erti pembangunan kepada rakyat luar bandar yang mungkin tidak merasai pembangunan secara besar besaran sebagaimana penduduk di bandar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page