top of page

Sedia semak saham Farhash, terbukti Anwar PM telus



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyemak dengan Perbendaharaan berhubung pemilikan saham bekas Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam syarikat HeiTech Padu Bhd dan kaitannya dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, adalah suatu sikap yang terpuji.

Hal itu sekaligus memperlihatkan Anwar sentiasa berpegang kepada ketelusan dalam kerajaan pimpinannya.


Mengulas mengenai dakwaan terhadap Farhash yang baru-baru ini dilaporkan membeli kepentingan 15.9% dalam HeiTech Padu yang mana syarikat itu dikatakan dalam senarai pendek untuk kontrak dengan Jabatan Imigresen bernilai RM1 bilion, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan menyemak perkara itu dengan Perbendaharaan terlebih dahulu.


Tegasnya, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas memperolehi maklumat lanjut mengenai perkara itu.


"Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya.


Semak butiran dengan Perbendaharaan


Pertama, apabila Anwar ingin menyemak dengan Perbendaharaan, ia bererti pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu itu adalah di luar pengetahuan beliau, jauh sekali merupakan pertolongan daripadanya.


Hal itu dengan jelas menunjukkan urusniaga pembelian saham adalah atas daya usaha Farhash sendiri yang memang sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan.


Kontrak kerajaan


Kedua, berhubung dakwaan pembelian saham HeiTech Padu itu dikatakan ada kaitan dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, Anwar secara jelas menunjukkan ketelusannya dengan ingin menyemak terlebih dahulu perkara tersebut.


Bermakna, Anwar ingin mengetahui fakta terlebih dahulu tentang dakwaan yang dibuat terhadap bekas pegawainya itu.


Yang ketiga, janji Anwar akan mengeluarkan kenyataan media setelah memperolehi segala fakta berkaitan, tidak lain merupakan suatu bukti ketelusan dan tidak ingin menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan rakyat.


Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan PM nanti semata-mata berdasarkan fakta yang dibekalkan oleh Perbendaharaan kepadanya.


Hakikatnya, selain menunjukkan ketelusan, Anwar juga membuktikan dirinya berpegang sistem tatakelola yang baik dalam menguruskan pentadbiran kerajaan dan tiada perkara perlu disembunyikan, terutama berkaitan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat yang dipertikaikan.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page