top of page

Sambung PKP 3.0: Tambah subsidi, bantuan tunai, rebat kepada rakyat - PH


Kerajaan Perikatan Nasional digesa menambah bantuan subsidi, pemberian tunai atau rebat bagi membantu rakyat menghadapi siri lockdown yang dipanjangkan sehingga 28 Jun ini.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH), tambahan bantuan amat perlu memandangkan pemberian yang dibuat oleh kerajaan PN sebelum ini amat kecil dan tidak mampu menampung keperluan hidup rakyat yang kekurangan pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


"Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH mengambil pendirian yang konstruktif menyokong keputusan Kerajaan untuk melanjutkan penutupan penuh Fasa Kedua di seluruh negara selama 14 hari sehingga 28 Jun 2021.


"Kita bersetuju dengan perlanjutan ini kerana kes yang dilaporkan masih tinggi iaitu setiap hari tidak kurang dari 5000 kes. Namun, pakej bantuan kepada rakyat yang terkesan dan menyeluruh mestilah diberikan," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, tanpa bantuan yang mencukupi usaha untuk memastikan rakyat duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid 19 tidak akan berjaya sepenuhnya.


Jawatankuasa tersebut mempertikaikan bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500) atau RM300 (RM2,500-RM5,000) yang diumumkan baru-baru ini yang dianggap mereka terlalu kecil.


"Cadangan Jawatankuasa adalah pemberian bantuan one-off dinaikkan ke RM2,000 dan RM1,500 masing-masing.


"Sebagaimana yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan moratorium, jawatankuasa juga mencadangkan moratorium selama 3 bulan kepada golongan M40 dilaksanakan, setakat ni hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 turut terjejas teruk.


"Jawatankuasa juga mencadangkan subsidi upah dilanjutkan ke 3 bulan, untuk bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana dan elakkan pekerja dibuang kerja sebagaimana saranan Kumpulan Majikan dan Pekerja sebelum ini," kata mereka lagi.


Selain itu, Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH juga mencadangkan agar subsidi atau rebat TNB sebanyak 30% bagi pengguna domestik kerana penggunaan di rumah akan bertambah.


Mereka juga mengkritik Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberikan kelulusan kepada banyak jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP 3.0 sehingga 17 sektor yang dibenarkan.


Keadaan itu, kata mereka, tidak membantu malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH), Hassan Abdul Karim (KEADILAN), Chong Chieng Jen (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP)

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page